Followers

Wednesday, December 15, 2010

Epilog: Frc, sampai jumpa lagi!

~Hospital by ~soulshyne of DeviantArt~

****

Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang.

Ahli-ahli FRC berkumpul mengelilingi katil Majdi. Majdi nampak tenang dengan mata tertutup. Di kepalanya terbalut dengan kain putih yang melilit dahi. Di sisinya kelihatan seorang wanita menangis teresak-esak. Wanita itu setia berada di situ sejak Majdi tiba di situ. Ahli FRC lain hanya dapat memerhatikan wanita tersebut dengan perasaan sedih dan simpati. Dalam masa yang sama, mereka juga berasa amat sedih.

"Bersabarlah makcik.."

Falaha mengusap-usap perlahan belakang wanita tersebut.

"Dia anak makcik, makcik amat sayangkan dia.." Air mata terus mengalir di matanya.

"Kami pun sayangkan dia.."

Hospital itu diselubungi sepi. Cuma putaran kipas yang terus menemani, tidak memahami apa sebenarnya yang terjadi.

"Majdi, bangunlah..."

Syafiq lah paling terasa sekali. Suaranya sayu. Dia tak mampu menyelamatkan sahabat baiknya itu. Di sebelah, bunyi mesin bersuara perlahan, menandakan jantung masih berdegup. Memberikan harapan untuk terus berdoa.

"Majdi, bangunlah Majdi..."

Afeefah membisik.

Imbas Kembali: Sungai

Kepala Majdi terhentak keras di batu besar di tengah sungai. Pandangannya terus menjadi gelap. Dia tidak sedarkan diri. Dan badannya terus hanyut tenggelam dibawa arus deras, gelombang yang tak pernah mengerti perasaan manusia.

Dia hanyut jauh sehingga ke kawasan sungai yang agak cetek.

Akar pokok sungai yang menjalar menyebabkan bajunya tersangkut, dan badannya terapung-apung. Tak jauh dari situ, 2 orang lelaki sedang bersantai merendamkan kaki ke dalam air.

"Man! Ada orang tersangkut kat sana tu!"

Mereka terus berlari, berusaha memberikan sedaya upaya pertolongan yang termampu.

-Baca-

****


Majdi melihat-lihat suasana sekeliling. Tempat itu dirasakan pelik. Langit luas terbentang berwarna putih, dengan rumput putih yang yang halus dan lembut dipijak. Di hujung, kelihatan mahligai kristal yang amat indah. Seakan taman yang dulunya selalu diidam-idamkan. Didahului dengan pintu gerbang yang besar, kelihatan dari zamrud hijau yang bersinar lembut. Dalam lembut, terdengar alunan zikir perlahan memuji Allah. Alunan zikir itu amat menangkan, namun dia tak pernah mendengar alunan seperti itu sebelum ini.

Di hadapannya, kelihatan seorang lelaki berdiri di dalam jubah pakaian putih yang amat menawan. Wajahnya kelihatan amat tenang. Dia tersenyum dengan amat manis.

Majdi mengamati.

"Abah!"

Majdi tersenyum girang. Berlari untuk mendakap ayahnya. Dia memeluk ayahnya erat-erat.

"Abang rindu sangat pada abah!"

Ayahnya hanya tersenyum. Kemudian memegang erat tangan Majdi. Memimpinnya untuk berjalan.

"Mak apa khabar?"

Lelaki itu bersuara perlahan.

"Alhamdulillah, mak amat rindukan abah. Adik-adik juga.."

Lelaki itu tersenyum manis.

"Abah, tempat apa ni? Cantiknya.."

Mereka terus berjalan menuju ke pintu gerbang zamrud yang indah itu. Pintu itu ibarat sebuah pintu masuk untuk ke tempat yang amat indah. Mendekatinya menyebabkan hati berasa amat tenang.

Lelaki itu berhenti.

"Kita berpisah di sini.."

Ayahnya tersenyum lagi.

"Tapi, abang nak ikut abah..."

Lelaki itu mengusap kepala Majdi.

"InsyaAllah, tapi bukan sekarang.."

Ayahnya mengucup dahi Majdi.

"Abang ada amanah yang besar untuk dilaksanakan. Juga untuk mak dan adik-adik.. Pergilah, kawan-kawan abang semua sedang menunggu...."

Senyuman yang amat redup dan menenangkan.

Imbas kembali: Office LTD

Ahli Frc bersorak gembira.

Ustaz Nazri bersetuju untuk membawa mereka berehlah. Tempat yang dipilih adalah Sungai Jin, Pahang. Dalam masa yang sama, boleh berjalan-jalan di bandar Kuantan.

"Nanti boleh jalan-jalan Teluk Cempedak!"

Amalina bersorak.

Nazihah hanya tersenyum.

"Ala.. Kuantan, aku dah bosan jalan sana..."

Zunno mengomen.

"Dah bosan, tak yah la ikut.."

Fatehah mempertahankan tempat asalnya. Zunno hanya ketawa.

Mereka semua tak sabar menunggu hujung minggu. Pasti suatu perkara yang amat meriah untuk berjalan dan berehlah bersama-sama keluar FRC. Bila lagi FRC nak keluar berjalan?

"Err, tapi bukan Sungai kat situ dalam dan laju ke?"

Majdi bersuara perlahan.

"Eleh Majdi, takut sungai tu lagi dalam dari tinggi Majdi ke?" Falaha mengusik.

Majdi mencebik. Semua ketawa.

Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang.

Majdi membuka matanya. Dia melihat kipas berpusing laju. Kepalanya terasa sedikit pening. Urat-urat terasa lenguh, kepala terasa berat. Dia cuba untuk membangunkan badannya.

"Nadwan!"

Ibunya memeluknya erat-erat.

"Majdi!"

Ahli-ahli Frc lain melonjak gembira. Isdiyantie mngucapkan syukur di dalam hati berulang kali. Syafiq hampir menangis.

Majdi merenung ibunya, merenung dalam-dalam. Perasaannya terasa kosong.

Dia kelihatan keliru. Dahinya berkerut. Sejenak, bibirnya bersuara perlahan.

"Maaf, awak siapa ya?..."

Teluk Cempedak, Kuantan.

Pagi itu terasa amat segar. Bayu laut yang menghembus membawa bersama ombak yang menghempas. Daun-daun menari indah.

Majdi menghirup nafas dalam-dalam. Berdiri di atas batu besar di teluk cempedak. Tersenyum.

Dia menggengam sekeping gambar.

Kata mak, dulu aku pernah ada sahabat-sahabat yang amat baik. Yang mana aku sangat mencintai mereka. Mereka selalu mengorbankan diri mereka, walau mereka sendiri susah. Mereka selalu berusaha menjadi yang terbaik. Kata mak, walau apapun yang terjadi, kami tetap akan bersama. Walau sesusah mana, kami akan tersenyum.

Kata mak, ada 17 orang semuanya.

Aku..

Amat teringin dan rindu untuk berjumpa dengan mereka. Walaupun, kami terpaksa berkenalan sekali lagi..

Majdi mendepakan tangan, merasakan indah dan hebatnya ciptaan Tuhan. Dan terus menggengam erat gambar mereka..

~R E D S T O N E by ~SevenHeptagons of DeviantArt~

Monday, December 13, 2010

Ending: Cerita Kita



Sleeping Garden by *Dr4kon of DeviantArt

Semalam, hari ini, dan esok yang menyenangkan.
Waktu semalam yang terus menyulam benang-benang kenangan.
Tersimpul kemas.
Terpancar warna yang berselerakan di lembar taman.
Taman rindu.

Tingkap-tingkap cerita terbuka dan tertutup.
Diketuk berkali-kali.
Hanya mahu merasakan seperti dulu kembali.
Sewaktu rumah itu sentiasa terbuka tanpa kata.
Saat setiap hari indah menyapa.

Ini cerita kita.

Percikan rasa yang kita pernah sama-sama basah dengannya satu ketika dahulu.
Sewaktu usia masih muda menganyam impian. Masih bertatih mengait harapan.

****

Pagi yang hening.

Sebab hari ni, hari last untuk FRC. Hari yang mungkin selepas ni kami tak akan berjumpa lagi.

"Semua dah ready?"

"Yup!"

"Jom!"

Semua tersenyum gembira.

Kami menaiki van beramai-ramai. Menyusuri jalan-jalan yang cerah. Pokok yang masih basah selepas hujan renyai. Pengalaman yang amat bermakna. Sister memenuhi ruang belakang, manakala brothers duduk di bahagian depan. Habis riuh rendah.

"Kan best kalau dapat nak van hari-hari macam ni?"

"Apakah?"

Semua ketawa.

Amalina paling banyak berceloteh. Memang berkaliber. Sehebat gayanya. Mereka bernyanyi girang di belakang.

Majdi tersenyum seorang, melayan perasaan.

Setelah penat bekerja selama setahun. Dari kami mula bertatih dan saat pertama berkenalan. Hingga ke sekarang, cerita yang sudah tamat.

Masih adakah lagi sahabat sebaik mereka?

Dan masing-masing tak sabar menuju ke tempat rehlah. Mewujudkan kenangan paling indah buat mereka.

****

Majdi turun dari Van, meluaskan pandangan ke kawasan perkelahan.

"Dah sampai.."

Majdi tersenyum.

Falaha menghirup nafas dalam-dalam. Mendongakkan kepala ke langit, memejamkan mata. Mendepakan tangan.

"Wah.. Bestnya...!"

Gembira sungguh bunyinya.

Ustaz Nazri membawa turun peralatan dari dalam Van. Hidayatul dan Madihah membantu.

Tempat tu amat cantik. Aliran sungai ibarat muzik alam yang menyanyi. Rumput hijau yang dilitupi pokok rendang membuatkan hati amat tenang.

"Macam mana perancangan kita ni?"

Afifah bertanya, menepuk tangan yang berdebu selepas mengangkat barang tadi.

"Ok, macamni.. yang brothers mandi sungai, yang sisters masak. Nanti brothers makan.. Ok?"

Din jawab sambil ketawa.

"Amboi.. Makan ni boleh, nak?"

Afifah menunjukkan penumbuk tangannya.

Semua ketawa.

****

Ayam dah masak. Isinya yang putih dan garing benar-benar menyelerakan. Sosej ditambah menambahkan lagi citarasa.

"Slurrppp.."

Seronok bakar membakar ni. Lagi seronok bila dapat test ayam masak ke belum.

"Majdi, sabar dulu la.."

Budin mengipas-ngipas arang.

"Giler sedap ni.. Mana boleh tahan!"

"Ikut hang ni.."

Budin tersenyum. Seronok mendengar bunyi menyebut 'hang'.

Tikar dihamparkan.

"Eleh Majdi, kalau bab makan laju je.. Kerja tak mau pun.."

Ahda mencelah.

"Mana ada la makcik.. Ana buat kerja la.."

Majdi mencuba-cuba membuat mata sayu.

"Buat kerja pa.."

Ustaz Nazri tiba-tiba menyampuk sambil tersengih.

Semua terus ketawa.

"Ala ustaz.. Back-up la ana.."

"Yes, yes! Padan muka Majdi.."

Falaha membuat muka berjaya. Seronok betul kalau dapat kenakan orang.

"Jom-jom siap. kejap lagi kita ada game dan sharing moment.."

****

Syafiq batuk-batuk. Berlari keluar dari sungai. Sewaktu sedang bercakap tadi tiba-tiba dia rasakan badannya lemah.

"Syafiq ok tak tu Majdi?"

Afeefah risau.

"Dia ok je.. Jangan risau."

Syafiq memang ada sakit. Tapi rasanya ok je.

"Majdi, tengoklah Syafiq tu.. "

Nazihah lebih risau.

Majdi keluar mendapatkan sahabatnya. Syafiq tiba-tiba batuk lagi teruk. Badannya bergoncang.
Semua mendekati.

"Syafiq hang ok tak ni??"

Majdi melihat.

"Majdi, Syafiq darah tu!"

Fatehah menjerit.

Muka Majdi tak keruan. Menjadi cemas. Memegang darah Syafiq.

Pelik.. Kenapa darah ni macam lain. Majdi cuba membau.

"Syafiq, kenapa darah hang bau sirap?"

Semua ketawa dan Majdi terkena!

Terus mengambuskan diri dalam pasir. Sampainya hati mereka.

"Yes! Suka sangat pekena orang.."

Yantie mengomel.

Majdi tersengih.

****


Semua berjanji, akan saling mengingati. Mereka kata, keluarga yang amat mereka sayang.

"Agak-agak nanti, boleh lagi tak kita kumpul sama-sama macamni?"

Majdi tiba-tiba bersuara.

Semua terdiam.

"Kenapa tiba-tiba cakap macamtu?"

"Satu hari nanti, akan ada yang ke gombak. Ada yang ke Kuantan. Dan nanti, kita akan kahwin. Kan?"

Majdi menyambung.

"Kesitu pula.."

Yantie mengulum tersenyum.

"Dan mungkin, kita dah tak ingat dah antara satu sama lain kan? Tak pernah ingat hari-hari yang kita pernah ada ni."

Majdi melontarkan pandangan jauh.

"Mungkin kita dah tak kenal dah bila dah jumpa.."

Majdi tersenyum.

Suasana senyap. Hanya sungai yang mengalir lembut.

"Dapat lagi tak kita jumpa macamni?"

Semua mengangguk. Tersenyum manis. Memberi harapan.

"InsyaAllah... "

****

Air sungai menderu laju. Angin bertiup membawa wap sejuk. Langit redup-redup malu, tapi tetap mendamaikan.

Burung-burung berkicauan.

Suasana masih ceria seperti sebelumnya.

Sisters seronok berbual di tebing sungai.Seronok mengocakkan kaki dengan air. Berjauhan sedikit dari brothers. Ada yang turun membasahkan baju bermain air. Afeefah seronok menconteng pasir, entah apa yang diketawakan bersama Falaha.

"Jangan main jauh-jauh tau, dalam kat sana.."

Isteri Ustaz Nazri mengingatkan.

Yaumil dan Nazihah mengangguk.

Sungai di situ agak dalam, memang perlu berhati-hati. Kadang-kadang boleh je kaki hilang jejak, tenggelam masuk ke lubuk yang entah dalam mana. Memang amat bahaya. Arus pun selalu je laju.

Syafiq dan Majdi berada di tanah lapang, mengira-ngira kayu api. Sebentar lagi akan masak BBQ. Khairi bermain-main pedang, menyakat Zunno dengan ranting kayu.

"Syafiq, agak-agak dapat lagi tak kita macam ni?"

Majdi memandang Syafiq. Tersenyum.

Langit makin redup sedikit. Deruan air kedengaran makin laju. Mungkin nak hujan kot.

"InsyaAllah, hang kena buat reunion lah.."

"Ai.. Aku pulak kena yang buat.. Siapa presiden?"

Majdi ketawa.

Majdi terasa tenang di hati. Seakan, hari tu hari yang paling bahagia yang pernah ada untuk FRC dan untuk dirinya. Daun melambai-lambai lembut. Angin makin lembut menyapa.

Majdi tersenyum. Gembira bila sama-sama berehlah begini.

Agak-agak, masih ada lagi tak cerita manis Frc untuk hari esok?

"Tolongg..!! Tolong.. !!"

Majdi tersentak. Syafiq terus menoleh.

Kedua-dua terkejut.

"Tolong..!"

Sayu kedengaran suara.

Yaumil di bawa arus. Tercungap-cungap mengambil nafas. Dari jauh kelihatan dirinya tenggelam timbul.

Sister menangis di tepi. Mengejar di tebing.

"Yaumil! Yaumil! Tolong Yaumil.."

Deru sungai kian laju. Suasana jadi cemas.

"Syafiq, kita kena cepat!"

Mereka seakan tersedar. Terus bergegas ke tepian. Syafiq pantas mengikuti.

"Majdi, kita sambut!"

Syafiq memegang pangkal sebuah pokok renek, menyambungkan tangannya dengan tangan Majdi. Menguntai seperti tali.

Jarak sister bermain air tadi dengan tempat Syafiq dan Majdi berada sekarang agak jauh. Masih sempat untuk menyambut Yaumil. Mereka mesti menyambut secepat mungkin.

"Yaumil!.."

Syafiq memegang erat tangan sahabatnya. Majdi kini di tengah arus. Badannya bergoyang kuat ditolak deras air. Kakinya juga tak menjejak tanah. Dalam. Majdi cuba mengapungkan diri. Syafiq memegang lebih erat.

Hujan mula turun rintis.

"Ya Allah, selamatkan Yaumil.."

Yaumil di hadapan. Hampir sudah tidak timbul. Hanya tangan yang kelihatan terkapai-kapai. Majdi menahan arus, bersedia untuk menyambut.

"Bersedia Majdi!."

"Bismillah.."

Yaumil sampai.

Zapp!!

Tangan Yaumil terus disentap kuat oleh Majdi.

Yaumil berjaya ditangkap. Mereka kini di tengah arus. Majdi tersenyum lega. Mengucapkan syukur perlahan. Namun kini, dia pula yang sudah tak tertahan lagi. Tenaganya hampir habis.

Yaumil ditolak-tolak arus.

"Majdi!! Bertahan!!"

Falaha menjerit.

Mereka terus menangis berharap. Berdoa bersungguh-sungguh.

Yaumil sudah tidak sedarkan diri.

Majdi menarik nafas, Yaumil perlu diselamatkan!

Bismillah..

Zash!!

Majdi memusingkan badannya seluruh tenaga. Melawan arus menolak Yaumil ke tebing.
Yaumil tercampak ke tepi. Semua sister menariknya ke tanah.

"Yaumil.."

Hidayah menangis memangku sahabatnya itu. Cuba memberikan bantuan.

Yaumil sudah terselamat.

Majdi mengucapkan syukur dalam hatinya. Jarinya masih kemas dalam genggaman Syafiq. Dia kini benar-benar sudah kehabisan tenaga. Lesu. Hujan yang turun rintis-rintis tambah menyukarkan untuk bernafas. Kakinya sudah tidak berupaya mengapung badan.

"Kita tolong ustaz tarik diorang, cepat! Khadijah pantas.

"Tarik diorang kuat lagi.."

Ustaz Nazri mengarah. Mereka cuba menarik tangan Syafiq. Tetapi arus seakan tak membenarkan, menarik kembali ke tengah.

Hujan tak berhenti. Suasana hijau di situ terasa sunyi.

Dia benar-benar letih. Majdi tenggelam dalam sungai yang basah.

"Majdi! Bertahan Majdi!"

Syafiq berusaha keras.

Ustaz Nazri dan Zunno menarik tangan Syafiq sedaya upaya.

Air yang begitu sejuk mengecutkan seluruh tubuh. Genggaman tangannya pada Syafiq terasa semakin longgar.

"Syafiq, aku dah tak tahan..."

Sayup mata Majdi. Air sudah masuk ke hidung dan mulutnya.

Syafiq cuba menggenggam lebih erat. Namun dia juga kehilangan banyak tenaga.

Arus menolak lebih deras. Tangan Syafiq sudah di hujung jari Majdi.

"Tahan Majdi.. Tahannn.."

Syafiq hampir menangis.

"Majdi.. Tahan!!"

Suara pekik tangis kedengaran.

Mata terasa kabur. Suara Syafiq seperti sudah hampir tidak kedengaran.

"Terima kasih Syafiq.."

Majdi tersenyum.

Terlepas.

"Majdiii!!"

Sejenak, masa seakan berjalan perlahan. Suara Syafiq kedengaran sayup di telinga. Tangisan sister yang di seberang terasa bergema. Terbayang wajah gelak tawa Frc. Masih terdengar senda gurau mereka. Usikan mereka. Senyum mereka yang menenangkan. Sewaktu sentiasa bersama-sama. Sampai saat ini.

Syafiq, Fatehah, Falaha, Ahda, Nazihah, Hidayatul Hafidzah, Amalina, Afeefah Afifah, Hayati, Khadijah, Isdiyantie, Madihah, Zunnurain, Khairi, Burhanuddin, Ustaz Nazri, Abang Rizal.

"Sampai jumpa lagi kawanku.."

Menutup mata.

Zushh.

Majdi ditolak deruan air lebih keras, dibawa arus yang kian mengganas. Kelihatan mulut majdi bergerak kecil, mengucapkan syahadah. Tenggelam, menuju ke batu besar tajam di tengah sungai.

Dukk!!

Kepala Majdi terhentak keras.

"Majdiiiii!!!!"

Syafiq meraung.

Majdi terus hanyut lebih jauh. Dan sungai itu pun merah dengan basahan darah...

****

"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan, yang berhak disembah melainkan Allah. Dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah.."