Followers

Wednesday, May 12, 2010

3: Berubah

Picture by sa-cool of DeviantArt

Syafiq Kamil menapak laju. Melangkah besar sekali. Mukanya nampak masam, semacam ada secebis kemarahan yang sedang dipendam.

Pintu Stad dibuka. Masuk terus meluru ke ruang pejabat di sebelah kiri. Mendengus kencang. Entahkan ribut, entahkan tsunami. Syafiq kelihatan lain hari ni. Dia yang di hari biasa berwajah suci dan suka tersenyum itu pantas mengemas barang-barangnya di atas meja komputer LTD. Kertas-kertas yang berserakan, dimasukkan ke dalam fail plastiknya yang berwarna biru.

Menyandang beg, bersedia untuk terus pulang ke mahalah.

Isdiyantie dan Afifah hanya memerhati.

Mereka sebenarnya sejak dari tadi sudah berada di situ. Berbual-bual mengisi masa mengerat ukhuwwah sementara menunggu waktu kelas yang seterusnya. Sambil mencari-cari jika ada kerja di LTD yang dapat dibantu.

Namun melihat syafiq yang tiba-tiba masuk berwajah muram durja tanpa berkata apa. Mereka jadi tergamam.

"Err.. Syafiq.." Yantie bersuara saat syafiq baru mula menapak.

Syafiq tidak menoleh, sekadar menjeling di hujung mata.

"Ada apa?"

Yantie tersentak.

"Err.. tak ada apa.." Yantie menarik balik niat asal di hati.

Syafiq terus berjalan pulang. Tanpa menoleh.

Yantie dan Afifah tergamam.

Diam.

"Err.. Kenapa Syafiq, Afifah?"

"Ntah la. Erm, ana dengar, dia kena marah tadi.." Afifah menjawab ringkas. Menunduk, seakan menyembunyikan sesuatu.

"Kena marah? Awatnya? Ada apa-apa berlaku ka?" Yantie kelihatan resah. Loghat kedahnya masih pekat.

"Err.. Sebab..."

****

"Syafiq, cantik awan pagi ni kan?" Majdi duduk, mendepakan lengan ke belakang. Tersenyum.

Suasana petang itu hijau. Sehijau rumput di padang blok C. Lapang, langit nampak luas. Desir-desir angin memanggil dedaun untuk sama-sama melambai.

Burung-burung berkicauan. Berkejar-kejaran menambahkan suasana. Tenang.

Majdi dan Syafiq duduk di atas astaka. Astaka yang dibuat di atas simen berbentuk petak itu sedikit meninggi di atas bukit.

"Erm.."

Syafiq menjawab pendek.

"Kenapa ko Syafiq?"

Diam.

"Aku geram.." Syafiq menjawab perlahan.

"Geram? Aish, kenapa tiba-tiba ni?"

"Kena marah..Poster yang Yantie buat kena reject.. Bro Izdihar marah.."

Majdi memandang ke hadapan. Melakar hembusan ringan.

"Tak apa. Biasalah ada program kan. Kita usaha lagi, insyaAllah. InsyaAllah, adalah tu nanti.. Kan?"

Syafiq mengangguk perlahan. Mengiyakan, walau dalam hatinya tidak. Ceh, Majdi. Bukan ko yang rasa. Program sudah dekat. Poster yang hendak dibuat direject pula. Kena marah dengan Bro Izdihar bukanlah sesuatu yang biasa dan mudah untuk dilupakan.

Langit redup. Cahaya matahari kian memudar.

"Syafiq, sebenarnya.. " Majdi terhenti.

"Kenapa?"

"Aku akan keluar dari FRC.. Maaflah.."

Syafiq diam.

"Ko tak boleh keluar." Nada Syafiq tegas.

"Ko ada banyak lagi yang ko perlu buat. Ko tak boleh keluar macam tu je. Ko tak boleh tinggal aku dengan semua kerja ni..!"

Ntah kenapa. Syafiq jadi berang. Amarah hasil perjumpaan dengan Bro Izdihar tadi tiba-tiba kembali memuncak.

"Alah, ko kan hebat? Boleh buat kerja sorang-sorang.." Majdi tersenyum. Menjeling kepada Syafiq sekilas. Niatnya ingin bergurau.

Tapi lain bagi Syafiq, dia rasa itu satu ejekan baginya. Senyuman Majdi terasa sinis. Mukanya panas.

Awan berarak mendung, langit jadi gelap.

****

Hujan.

Air menitis perlahan, kemudian makin melebat. Percikan air membasahi kaki lima. Suasana mendung sebegitu menimbulkan rasa sunyi dan sepi. Lagipun, minggu ini CFS lenggang. Ramai pelajar balik bercuti.

Yantie berjalan kesana-sini dalam U-Cafe bersama-sama dengan Fatehah. Laju.

Hatinya dilanda resah. Malah meribut. Seakan sama dengan ribut di luar. Bukan tentang poster yang silap dibuatnya. Malah besar lagi.

Wajah Fatehah juga sama. Seakan-akan tumpang membebani suatu masalah yang sama.

Tadi, ketika dia di bilik bersama Fatehah. Dia membuka laci almarinya. Dia terkejut. Tangannya menggeletar. Hatinya cemas.

Duit FRC yang dipegangnya sebagai bendahari hilang. Lesap dari matanya. Duit itu akan digunakan untuk program yang akan datang.

Wajahnya pucat. Mencari-cari di sekitar dalam bilik. Fatehah turut membantu.

Yantie hampir menangis. Fatehah menenangkan.

Dan kini mereka cuba mencari di U-Cafe. Tempat terakhir dia memegang duit itu pagi tadi.
Mencari habis di sekitar meja makan. Juga bertanya pada makcik yang menjaga Cafe.

"Tak adalah Yantie.." Fatehah menggelengkan kepala. Riak wajahnya mempamerkan kasihan yang amat. Kasihan pada sahabatnya itu.

"Macamna ni Teha.. Macamna ni.. Habislah Yantie.." Yantie jadi lemah.

Fatehah mendekat, memeluk bahu sahabatnya.

"Sabarlah, insyaAllah. ada cara nanti. Kan Yantie yang selalu cakap macamtu.. Walau memang salah Yantie juga sebab tak jaga baik-baik.." Fatehah menutur perlahan. Dia seakan tak memahami pula situasi Yantie pada ketika itu.

Yantie diam. Cuba melarang tangis dari keluar. Menarik nafas dalam-dalam. Menahan rasa lemah dan resah dalam hatinya. Dia cuba membisik dalam hati.

"Tak apa, ahli Frc kan baik-baik? Kami kan rapat? Depa mesti faham. bukan Yantie saja-saja... "

Yantie sengaja cuba menguatkan diri. Bermonolog dengan diri sendiri. Dia membayangkan kepimpinan FRC yang ada.

"Ah! Syafiq dan Majdi saja sudah bersahabat baik. Depa sebagai orang atas, mesti faham dan bantu. Apatah lagi sister.."

Sangkaan-sangkaan baik berlegar di kepalanya.

Dia berjalan keluar dari U-Cafe. Walau hati tetap resah seperti tadi. Berjalan dalam suasana basah dan kemendungan hujan.

Membelok ke kanan, melintasi papan organisasi PRESS. Sebelum terus ke jalan lurus.

Tiba-tiba langkah kakinya terhenti.

"Yantie! Tengok tu!.."

****

Majdi mengelak tumbukan Syafiq dengan tangan kirinya. Kemudian melayangkan sepakan padu ke bahu kiri Syafiq. Peluang terbuka. Dia terus melepaskan sebuah tumbukan sulung ke muka Syafiq.

Sakit. Syafiq tertunduk ke kanan. Sempat menahan dari terjatuh. Dia bangun, kemudian berlari selajunya ke arah sahabatnya itu. Merempuh Majdi dengan badannya.

Majdi lansung hilang keseimbangan. Majdi tersungkur ke belakang. Terseret ke tanah yang sedang basah dek hujan. Baju mereka kuyup.

Hujan kian melebat.

Syafiq kemudian berlari, mengepalkan penumbuk. Ingin mengambil peluang yang sedia terbuka.
Berlari sekuat hati..

"Berhenti!! Berhenti!! Apa yang hangpa buat ni..." Yantie menangis. Menangis dalam hujan.

Melihat sahabat sepersatuan dengannya bergaduh begitu seakan membuatkan hatinya pecah. Bagaimana FRC nanti? Takut. Dia takut melihat pergaduhan begitu.

Suasana diam. Semua diam. Tak berkata apa-apa. Cuma hujan yang bersuara membunyikan lebatnya. Menimpa empat sahabat itu.

Lama diam.

Syafiq mendengus. Memberhentikan langkahnya sebentar tadi. Majdi sudah bangkit. Memandang Syafiq dengan penuh tajam.

Majdi kemudian memandang Yantie. Tiba-tiba dia rasa pergaduhan dia dengan Syafiq adalah bepunca dari Yantie. Yang menyebabkan Syafiq tiba-tiba marah kepadanya. Pemikiran dia memang tak waras ketika ini.

"Ah! Semua ni salah Yantie lah!.."

Majdi melepaskan. Tidak lagi menggunakan panggilan hormat ustazah. Dia kemudian berjalan laju. Terus menuju keluar dari padang.

Syafiq hanya memandang 2 orang sahabat itu.-Yantie dan Fatehah, sebelum berjalan pergi tanpa berkata apa-apa.

Dan Yantie tergamam.

****

Hari ni meeting.

Yantie rasa gelisah sangat untuk masuk ke meeting kali ini.

Walaupun dia telah berusaha memikirkan jawapan yang akan diberi. Tentang poster, dia sememangnya sudah buat yang terbaik. Tentang duit yang telah cuba dijaganya. Dan perasaannya yang galau bila melihat perbalahan, malah pergaduhan antara pemimpinnya sendiri. Syafiq dan Majdi. Dan juga kata-kata Majdi sebelum melangkah pergi pada waktu itu.

"Ah! Semua ni salah Yantie lah!.."

Yantie termenung,

"Betul ke semua salah aku?"

Dia melangkah lesu.

Berjalan setapak-setapak ke dalam LY004. Berat kaki dilangkah, berat lagi hati di dalam. Seberat 5 tan mungkin.

Yantie menolak daun pintu.

"Assalamu'alaikum.."

Dan...

Semua senyap. Hanya memerhati. Walau ada yang pelik. Kenapa Yantie lambat hari ni. Selalunya dia yang paling awal.

Meeting bermula.

****

Meeting kali ini dibuat dalam halaqah.

Biro P.c baru selesai. Falaha yang menjalankan tugas. Gayanya yang selamber meniupkan suasana ceria pada ketika itu. Begitu juga biro prep and tech oleh Khairi.

Sehinggalah sampai, kepada biro penerbitan.

Semua senyap, memandang Yantie yang dirasakan pelik tingkah lakunya hari ini. Diam semacam, tidak sperti selalu.

Yantie berdehem kecil. Terus memulakan pembentangan.

"Erm, kita ada menghadapai beberapa masalah. Dan poster belum ditampal lagi.."

Yantie bertutur perlahan.

"Ha?? Belum tampal lagi? Dah dekat sangat program kita ni..." Zunno melaungkan dengan suara kuat.

"Come on lah.. Bila lagi nak tampal. Masalah apa??" Terasa suaranya yang kuat memecahkan gegendang telinga.

Yang lain memandang Zunno.

"Aku sori la weh, Yantie. Aku bercakap memang macam ni.." Zunno menambah, sambil ketawa yang bersambung-sambung. Terasa menyakitkan hati.

Burhanuddin menoleh, berwajah serius.

"Sabar lah Zunno, dia tak habis bentang gi. Jangan menyampuk.."

"Ok.. Ok.. sori.. sori.." Ketawanya bersisa.

"Sebenarnya poster kena reject. Ana rasa dah buat yang terbaik. Bro Izdihar marah, tapi apalah. Sikit ja. Nanti ana buat yang baru."

"Sikit ja??? Bukan enti yang kena marah." Syafiq tiba-tiba menyampuk. Suaranya terasa tinggi.

Yantie terus terdiam. Terasa bersalah.

"Ana minta maaf.."

Kelas jadi sepi.

"Tak apalah, Yantie.. Teruskan." Majdi memberi laluan. Bersuara sejenak

"Dan.. untuk promotion, kita tak cukup duit.." Yantie bersuara perlahan.

"Kan kita ada duit FRC. Gunalah dulu.." Madihah bersuara lembut. Cuba menenangkan Yantie mungkin.

"Duit, Yantie terbagi hilang.." Fatehah mencelah.

Yantie jadi serba salah. Dia cuba menjawab.

"Ana.."

"Berapa yang hilang??" Zunno memotong.

"Sabar Zunno. Yantie, kenapa tak jaga baik-baik? Banyak ke yang hilang?" Majdi mngambil tempat.

Yantie menunduk.

"Semua yang ana pegang, dalam dua ratus setengah.."

Majdi diam. Yang lain turut diam.

"Kadang-kadang, bukan semua perkara kita ambik mudah Yantie..." Majdi bersuara. Memecahkan keheningan di kala itu.

"Enti tak jaga amanah dengan baik..."

Terhiris rasa hati Yantie. Seakan-akan dia sengaja untuk bagi hilang. Terasa lemah daya.

"Ana bukan sengaja..."

Air mata Yantie tak dapat disekat lagi. Mengalir mengikut aluran mata, turun jatuh ke pipi.

"Ana betul-betul tak sengaja.. ana dah buat yang terbaik dah.. Ana dah simpan elok-elok.. Bukan ana sengaja.. Ana dah cuba jaga amanah tu baik-baik.."

Yantie tersedu.

"Tapi, kalau dah jaga baik-baik, mesti tak hilang kan?" Zunno bertanya lagi. Seakan tak memahami.

Yantie hanya diam. Terus menangis. Tak mampu mengungkapkan apa-apa lagi.

Dia rasa lemah sangat.

Kelas jadi diam.

****

Seluruh kelas dan meeting jadi diam.

Hanya kadang-kadang terdengar perlahan esak Yantie dan pujukan Hidayah di tepinya.

Fatehah menjeling. Syafiq pula menjeling Majdi, menahan ketawa. Majdi melangut. Memandang pula sahabat-sahabat FRC di hadapannya.

Tersenyum.

Mengangkat tangan, mengeluarkan jari jemarinya. Satu persatu. Perlahan-lahan.

Yang lain mengukir senyum nakal.

"Satu.. dua... tiga!"

"Pomm!"

Suasana bertukar.

"Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan Nurul Isdiyantie... Allah selamatkan kamu.....!"

Semua ketawa girang. Mereka bernyanyi bersama-sama.

Belon-belon dikeluarkan.

Yantie terpana. Terkejut. Mukanya menjadi merah kerana terlalu segan. Segan sehingga tak perasan air matanya yang mengalir tidak habis dikesat.

Sister mengerumuni Yantie. Memberi pelukan kasih sayang. Brothers pula berkumpul di bahagian meja.

"Hehe. Selamat hari lahir Yantie!..." Fatehah bersorak.

"Eeii.. Jahat hampa.. tak baik buat Yantie macamni.. Sampai hati.." Yantie seakan merajuk. Namun tetap ketawa gembira.

Pecah ketawa.

"Hehe. Sian Yantie. Nah, potong kek ni dulu.. Jangan nangis-nangis, dah besar dah ni..." Falaha menghulurkan kek.

Yantie tak dapat menahan rasa terharu. Menangis lagi. Memeluk Nazihah di sebelahnya.

"Aish, kalau asyik menangis je.. bila nak makan ni..." Din berseloroh.

Ketawa pecah lagi.

Yantie memotong kek sebaiknya, dikelilingi dan dilindungi sister. Dan semua bertepuk tangan.

Alhamdulillah.

Yantie tersenyum.

"Habis, semua tu gimik ke?"

"A'ah, gimik. Sorry ye Yantie, Teha yang ambik duit dalam laci Yantie tu. Sebab tu tak ada. Hehe." Fatehah ketawa menutup mulut.

"Teha! Tak baiknya! Geramnya.."

"Alah, bukan selalu" Fatehah semakin kuat ketawa.

"Habis tu, poster?"

"Ni semua perancangan Hidayatul lah ni.. mana ada Bro izdihar reject. Dia senyum je bila tengok poster tu. Lawa katanya. Saja ana buat muka masam." Syafiq menambah suka.

"Erm, gaduh pun?"

"Everything is on the plan!" Majdi tersengih.

"Gaduh kat hujan tu. Ni, diorang lah punya kerjanya. Ahli-ahli FRC ni. Suruh gaduh, kemudian Teha bawa Yantie dan cakap semua salah yantie. Ntah apa motif lah. Penat kami berpura-pura silat. Hai.. dah la tiba-tiba hujan.."

"Ha.. Padan muka. Sapa suruh nak pekena orang lagi.." Yantie membalas. Pekat dalam loghat kedahnya.

Yang lain ketawa.

"Kuyup habis.." Syafiq menambah.

Semua senyum. Yantie apatah lagi, dalam hatinya. Berbunga-bunga. Tak henti-henti mengucapkan hamdalah. Bersyukur mempunyai sahabat-sahabat seperti mereka.

Semoga Allah kekalkan ukhuwwah itu.

:)

picture by *flash750 of DeviantArt

p/s: Selamat hari lahir kepada Saudari Isdiyantie, bendahari kehormat diraja FRC yang jatuh pada 12 Jun. Semoga Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki. Semoga thabat dalam perjuangan dan senyuman insyaAllah..

(Kalau buat gimik betul-betul. Mesti best!)

3 comments:

Wardatul Ad-Din said...

Subhanallah...

Syukran... Terharu sangat. Bila lagi dapat kumpul lagi dengan family2 FRC nie dan Alhamdulillah. Kalau tidak mesti ana di"gimickan". Ada hikmah 2.

InsyaAllah semoga semua sama-sama thabat. Asam garam bergelar FRC dalam tempoh yang ana kira begitu singkat akan menjadi bekalan untuk sesuatu yang lebih besar lagi.

"Pertemuan dan perpisahan kerana Allah itu amat manis ditambah kemanisan berukhwah dalam menegakkan yang haq"..Syukran yang tidak terhingga buat penulis.

TilMiz Ila Jannah said...

Alhamdulillah.

Terima kasih kepada penulis kerana mengingatkan kembali pada hari-hari terindah FRC dulu.

Tapi ana tak puas hati. Kenapa last sekali ana yang kalah time gaduh ngan Syafiq tu? Isk2.

Satu lagi, gimik tak berapa best lah cerita ni. Harap penulis dapat upgrade lagi. (Sekadar pandangan)

Selamat hari lahir kepada Isdiyantie. =)

Semoga Allah panjangkan umur dan murah rezqi. InsyaAllah.

Senantiasa thabat dalam perjuangan dan senyuman. A~min.

BarakAllahhufik.

Anonymous said...

salam..
emm
dlm alam maya pon masih bole digimikkan (--,)
nway..
sanah hilwah yanti...
no da jd 20..
semoga diberkati