Followers

Wednesday, December 15, 2010

Epilog: Frc, sampai jumpa lagi!

~Hospital by ~soulshyne of DeviantArt~

****

Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang.

Ahli-ahli FRC berkumpul mengelilingi katil Majdi. Majdi nampak tenang dengan mata tertutup. Di kepalanya terbalut dengan kain putih yang melilit dahi. Di sisinya kelihatan seorang wanita menangis teresak-esak. Wanita itu setia berada di situ sejak Majdi tiba di situ. Ahli FRC lain hanya dapat memerhatikan wanita tersebut dengan perasaan sedih dan simpati. Dalam masa yang sama, mereka juga berasa amat sedih.

"Bersabarlah makcik.."

Falaha mengusap-usap perlahan belakang wanita tersebut.

"Dia anak makcik, makcik amat sayangkan dia.." Air mata terus mengalir di matanya.

"Kami pun sayangkan dia.."

Hospital itu diselubungi sepi. Cuma putaran kipas yang terus menemani, tidak memahami apa sebenarnya yang terjadi.

"Majdi, bangunlah..."

Syafiq lah paling terasa sekali. Suaranya sayu. Dia tak mampu menyelamatkan sahabat baiknya itu. Di sebelah, bunyi mesin bersuara perlahan, menandakan jantung masih berdegup. Memberikan harapan untuk terus berdoa.

"Majdi, bangunlah Majdi..."

Afeefah membisik.

Imbas Kembali: Sungai

Kepala Majdi terhentak keras di batu besar di tengah sungai. Pandangannya terus menjadi gelap. Dia tidak sedarkan diri. Dan badannya terus hanyut tenggelam dibawa arus deras, gelombang yang tak pernah mengerti perasaan manusia.

Dia hanyut jauh sehingga ke kawasan sungai yang agak cetek.

Akar pokok sungai yang menjalar menyebabkan bajunya tersangkut, dan badannya terapung-apung. Tak jauh dari situ, 2 orang lelaki sedang bersantai merendamkan kaki ke dalam air.

"Man! Ada orang tersangkut kat sana tu!"

Mereka terus berlari, berusaha memberikan sedaya upaya pertolongan yang termampu.

-Baca-

****


Majdi melihat-lihat suasana sekeliling. Tempat itu dirasakan pelik. Langit luas terbentang berwarna putih, dengan rumput putih yang yang halus dan lembut dipijak. Di hujung, kelihatan mahligai kristal yang amat indah. Seakan taman yang dulunya selalu diidam-idamkan. Didahului dengan pintu gerbang yang besar, kelihatan dari zamrud hijau yang bersinar lembut. Dalam lembut, terdengar alunan zikir perlahan memuji Allah. Alunan zikir itu amat menangkan, namun dia tak pernah mendengar alunan seperti itu sebelum ini.

Di hadapannya, kelihatan seorang lelaki berdiri di dalam jubah pakaian putih yang amat menawan. Wajahnya kelihatan amat tenang. Dia tersenyum dengan amat manis.

Majdi mengamati.

"Abah!"

Majdi tersenyum girang. Berlari untuk mendakap ayahnya. Dia memeluk ayahnya erat-erat.

"Abang rindu sangat pada abah!"

Ayahnya hanya tersenyum. Kemudian memegang erat tangan Majdi. Memimpinnya untuk berjalan.

"Mak apa khabar?"

Lelaki itu bersuara perlahan.

"Alhamdulillah, mak amat rindukan abah. Adik-adik juga.."

Lelaki itu tersenyum manis.

"Abah, tempat apa ni? Cantiknya.."

Mereka terus berjalan menuju ke pintu gerbang zamrud yang indah itu. Pintu itu ibarat sebuah pintu masuk untuk ke tempat yang amat indah. Mendekatinya menyebabkan hati berasa amat tenang.

Lelaki itu berhenti.

"Kita berpisah di sini.."

Ayahnya tersenyum lagi.

"Tapi, abang nak ikut abah..."

Lelaki itu mengusap kepala Majdi.

"InsyaAllah, tapi bukan sekarang.."

Ayahnya mengucup dahi Majdi.

"Abang ada amanah yang besar untuk dilaksanakan. Juga untuk mak dan adik-adik.. Pergilah, kawan-kawan abang semua sedang menunggu...."

Senyuman yang amat redup dan menenangkan.

Imbas kembali: Office LTD

Ahli Frc bersorak gembira.

Ustaz Nazri bersetuju untuk membawa mereka berehlah. Tempat yang dipilih adalah Sungai Jin, Pahang. Dalam masa yang sama, boleh berjalan-jalan di bandar Kuantan.

"Nanti boleh jalan-jalan Teluk Cempedak!"

Amalina bersorak.

Nazihah hanya tersenyum.

"Ala.. Kuantan, aku dah bosan jalan sana..."

Zunno mengomen.

"Dah bosan, tak yah la ikut.."

Fatehah mempertahankan tempat asalnya. Zunno hanya ketawa.

Mereka semua tak sabar menunggu hujung minggu. Pasti suatu perkara yang amat meriah untuk berjalan dan berehlah bersama-sama keluar FRC. Bila lagi FRC nak keluar berjalan?

"Err, tapi bukan Sungai kat situ dalam dan laju ke?"

Majdi bersuara perlahan.

"Eleh Majdi, takut sungai tu lagi dalam dari tinggi Majdi ke?" Falaha mengusik.

Majdi mencebik. Semua ketawa.

Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang.

Majdi membuka matanya. Dia melihat kipas berpusing laju. Kepalanya terasa sedikit pening. Urat-urat terasa lenguh, kepala terasa berat. Dia cuba untuk membangunkan badannya.

"Nadwan!"

Ibunya memeluknya erat-erat.

"Majdi!"

Ahli-ahli Frc lain melonjak gembira. Isdiyantie mngucapkan syukur di dalam hati berulang kali. Syafiq hampir menangis.

Majdi merenung ibunya, merenung dalam-dalam. Perasaannya terasa kosong.

Dia kelihatan keliru. Dahinya berkerut. Sejenak, bibirnya bersuara perlahan.

"Maaf, awak siapa ya?..."

Teluk Cempedak, Kuantan.

Pagi itu terasa amat segar. Bayu laut yang menghembus membawa bersama ombak yang menghempas. Daun-daun menari indah.

Majdi menghirup nafas dalam-dalam. Berdiri di atas batu besar di teluk cempedak. Tersenyum.

Dia menggengam sekeping gambar.

Kata mak, dulu aku pernah ada sahabat-sahabat yang amat baik. Yang mana aku sangat mencintai mereka. Mereka selalu mengorbankan diri mereka, walau mereka sendiri susah. Mereka selalu berusaha menjadi yang terbaik. Kata mak, walau apapun yang terjadi, kami tetap akan bersama. Walau sesusah mana, kami akan tersenyum.

Kata mak, ada 17 orang semuanya.

Aku..

Amat teringin dan rindu untuk berjumpa dengan mereka. Walaupun, kami terpaksa berkenalan sekali lagi..

Majdi mendepakan tangan, merasakan indah dan hebatnya ciptaan Tuhan. Dan terus menggengam erat gambar mereka..

~R E D S T O N E by ~SevenHeptagons of DeviantArt~

7 comments:

Anonymous said...

menggenggam erat gambar? kita penah ada gambar sama2 ke? xde kan? sedey kot..

Anonymous said...

A'ah la..mana ada gambar kita semua ada skali kan?hu..

So,kena reunion la jawabnya..;)

Dan yg penting,gmbar2 kita masa kt cfs dulu jgn hilgkn..k?

Anonymous said...

Ada la gambar :) Gambar time Agd. Kan semua ada?

Anonymous said...

AGD?

Hurm..tp mcm x lawa je..hehe

Semua org ada kan gmbar2 tu?

Simpan baik2 ye. Kalau rindu, tengok je gmbar tu. Doa jgk, ok?

Sampai jumpa lagi Frc! :)

Hidayatul Hafidzah bt Zulkifli said...

Khas buat Frc sekalian, yang seramai 18 orang dan kemudian menjadi 17 orang, yang kita pernah sama-sama bertemu,saling mengenali,bekerjasama,saling meringankan, bergurau-senda,menangis,marah(^_~),memendam seribu rasa, memerah tenaga,menyumbangkan idea,menyokong satu sama lain,saling menyayangi,menghargai,mengingati,dan mendoakan antara satu sama lain. (^_^)

Sabda Rasulullah S.A.W. : “Tidak sempurna iman seseorang muslim sekiranya kamu tidak mengasihi saudara kamu sepertimana kamu mengasihi diri kamu sendiri.”

Segala-galanya bermula daripada Sebuah Pertemuan antara ahli FRC 09/10 yang telah DIA aturkan :

Ketika Diri Mencari Sinar
Secebis Cahaya Menerangi Laluan
Adakalanya Langkahku Tersasar
Tersungkur di Lembah Kegelapan..
Bagaikan Terdengar Bisikan Rindu
Mengalun Kalimah Menyapa Keinsafan
Kehadiranmu Menyentuh Kalbu
Menyalakan Obor Pengharapan..

Tika Ku Kealpaan
Kau Bisikkan Bicara Keinsafan
Kau Beri Kekuatan Tika Aku Diuji dengan Dugaan
Saat Ku Kehilangan Keyakinan Kau Nyalakan Harapan
Saat Ku Meragukan Keampunan Tuhan
Kau Katakan Rahmat-Nya Mengatasi Segala..

Menitis Air Mataku Keharuan kepada Sebuah Pertemuan
Kehadiranmu Mendamaikan Hati yang Dahulu Keresahan
Cinta yang Semakin Kesamaran Kau Gilap Cahaya Kebahagiaan
Tulus Keikhlasan Menjadi Ikatan dengan Restu Kasihmu Oh Tuhan..

Titisan Air Mata Menyubur Cinta dan Rindu pun Berbunga
Mekar, Tidak Pernah Layu
Damainya Hati yang Dulu Resah Keliru..
Cintaku Takkan Pudar Diuji Dugaan
Mengharung dalam Harapan
Moga kan Kesampaian kepada Tuhan lantaran Diri Hamba Kerdil dan Hina..

Menitis Air Mataku Keharuan kepada Sebuah Pertemuan
Kehadiranmu Mendamaikan Hati yang Dahulu Keresahan..

Syukur Sungguh di Hati Ini
Dikurniakan Teman Sejati
Menunjuk Jalan Dekati-Nya Tika Diri dalam Kebuntuan
Betapa Aku Menghargai Kejujuran yang Kau Beri
Mengajar Ku Mengenal Erti Cinta Hakiki yang Abadi
Tiada yang Menjadi Impian selain Rahmat Kasihmu Tuhan
yang Terbias pada Ketulusan Sekeping Hati Seorang Insan Bernama Teman...:)

p/s : Baik-baik jaga diri ya! (n_n)

Anonymous said...

Jiwangnya Kak Dayah. Hahaha.

Hidayatul Hafidzah bt Zulkifli said...

Alah..bukannya selalu..Jiwang2 pun, untuk Frc jgk...Lepas ni xde dah jiwang2 cmni..Masing2 dengan haluannya sendiri..betul x? Jadi, kena lah bagi sesuatu yg special sikit sebagai penghargaan..:)