Followers

Wednesday, January 26, 2011

Episode 29 from 40: Move


Zunnurain menggengam erat perutnya.

"Tuan!!"

Koperal Hakim menuju ke arah tuannya.

Zunno menahan tepi perut yang berlumuran darah. Darah merah membasahi baju putihnya. Peluru itu berjaya menembusi sasaran.

"Kejar Majdi cepat!"

Zunno mengarah sambil mengerang. Kesakitan terasa amat sangat.

Koperal Hakim serba salah meninggalkan sahabatnya.

"Kita mesti tangkap dia! Cepat!"

Koperal Hakim mengangguk. Pantas mengenggam pistol di tangan dengan erat. Mengangkat jari sebagai arahan kepada skuadnya untuk maju bergerak.

"Move! Move!"

Skuad yang lengkap berpakaian serba hitam itu maju. Menuju ke arah pintu yang baru dilalui Majdi sebentar tadi untuk melepaskan diri. Skuad elit negara itu terus menyerbu ke ruang pintu itu.

Kaki terlanggar sesuatu.

"Tit! Tit! Tit!"

Litar dilengkapkan.

"BOooM!!"

Melambung.

Letupan yang kuat kedengaran. Mata Zunno terpampan, dan mayat Koperal Hakim dan skuadnya terlantar kaku.

****

Falaha meletakkan bukunya di atas meja. Menanggalkan blazer hitam yang dipakai. Pensyarah di fakulti matematik UKM itu mengurut-ngurut dahi.
Fikirannya terasa berat.

"Prof ok?"

Falaha mengangguk.

"Pihak polis dan keselamatan dah sampai?"

"Dah, mereka dah mengawasi ruang pameran.. Inspektor Salam dan anggotanya juga telah mengambil posisi mereka.."

Berita yang mengatakan bahawa Emas Elizabeth yang dihadiahkan kepada pihak UKM pada pameran kali ini akan dicuri membuatkan fikirannya berat.

Dia dilantik sebagai pengarah urusan bagi pihak staff untuk pameran ini.

Dan lebih merunsingkan, dia mendapat berita bahawa penjenayah yang dicari-cari selama ini adalah..

Seorang yang amat-amat dikenalinya..

****

Majdi berjalan laju. Raut wajahnya serius dan menggelapkan.Memakai topi dan jaket jeans hitam. Li Mei di sebelah mengorak langkah dengan kelajuan yang sama. Gadis cina yang berambut tocang kuda itu turut memakai topi.

Mereka menuju ke suis utama.

Jalan di belakang pentas itu agak lenggang. Kelihatan seorang lelaki berjalan memakai baju pencuci. Berjalan dari arah bertentangan. Melintasi mereka.
Dan..

"Tum!"

Pencuci tersebut tumbang. Majdi menariknya ke tepi.

Majdi memandang Li Mei.

"3 minit.."

****

Suasana jadi riuh. Lampu tiba-tiba terpadam. Keadaan jadi amat gelap. Polis dan pihak keselamatan terus bergegas menuju ke Plat Emas Elizabeth.

"Tunduk semua!"

Salam memberikan arahan.

"Bam! Bam!"

Kedengaran bunyi tembakan dan kaca pecah. Semua yang ada menjerit-jerit. Menunduk mencari tempat perlindungan. Kedengaran pula bunyi orang mengerang.

Suara tangisan semakin menerbit. Rasa takut muncul pada setiap orang.

Salam menggenggam erat pistol. Menghala pistol ke arah hadapan. Bergegas berlari dari arah pintu ke kotak kaca tersebut.

Kelihatan kelibat seorang bergerak pantas dalam gelap.

Majdi?

Falaha pantas mengejar kelibat tersebut.

"Tap!"

Lampu tiba-tiba terpasang kembali. Kelihatan beberapa pengawal terduduk cedera di kaki.

Mata Inspektor Salam terpampan.

Kotak kaca simpanan Emas Elizabeth pecah. Dan isinya..

Hilang!

"Kejar cepat! Halang semua dari keluar! Dia masih ada di sekitar sini! Pantas! Pantas!"

Salam pantas mengarah. Dia mengeluh. Wajahnya merah menahan marah.

"Damn it!!"

Dia menumbuk meja.

****

Majdi menapak laju, menuju ke arah Li Mei yang sedang menunggu di dalam Mercedes Hitam. Bersedia untuk bergerak.

Dia sudah menukar pakaian. Kembali berselubung jaket dan topi yang diturunkan bagi melindungi sebahagian wajahnya.

Emas Elizabeth sebagai klue yang seterusnya itu digenggam erat tanggannya yang dimasukkan ke dalam jaket.

"Majdi!"

Langkah Majdi terhenti.

Falaha?

"Majdi, majdi.. yang buat semua ni?"

Majdi diam. Tidak berpaling.

"Majdi.. Majdi dah ingat semula?.."

Air mata Falaha mula bergenang.

"Cukuplah, berhenti.. Tak cukup ke kita kehilangan Amalina? Tak cukupkah Syafiq dan Fatehah yang terlantar di hospital.. Tak cukupkah Majdi?"

Falaha mula teresak.

"Berhentilah.. Kita tak perlu pun barang tu.."

Air mata Falaha laju turun.

Li Mei meggerakkan keretanya. Memberhentikan kereta pantas di hadapan Majdi. Memberi isyarat mata kepada rakannya bahawa mereka harus cepat.

Majdi menghirup nafas. Menghembus nafas berat.

"Maaf, saya bukan Majdi, saya tak kenal awak, dan saya tak faham apa yang awak katakan.."

Dan kereta Mercedes itu bergerak laju..

4 comments:

Anonymous said...

ama!!!!!huuuu... (T_T)~
(dulu ama kene culik...sekarang...~)

Anonymous said...

majdi saja nak cari pasal la tu! :(

Anonymous said...

relax2....

innAllaha ma'asSobiriin...;)

semakin menarik crite ni! suspen~ mcm dlm drama la kata2 falaha tu...;p

question to ponder : why majdi had to do all that things??

;)

Anonymous said...

dah terpengaruh citer IRIS la ni..