Followers

Wednesday, January 26, 2011

Episode 29 from 40: Move


Zunnurain menggengam erat perutnya.

"Tuan!!"

Koperal Hakim menuju ke arah tuannya.

Zunno menahan tepi perut yang berlumuran darah. Darah merah membasahi baju putihnya. Peluru itu berjaya menembusi sasaran.

"Kejar Majdi cepat!"

Zunno mengarah sambil mengerang. Kesakitan terasa amat sangat.

Koperal Hakim serba salah meninggalkan sahabatnya.

"Kita mesti tangkap dia! Cepat!"

Koperal Hakim mengangguk. Pantas mengenggam pistol di tangan dengan erat. Mengangkat jari sebagai arahan kepada skuadnya untuk maju bergerak.

"Move! Move!"

Skuad yang lengkap berpakaian serba hitam itu maju. Menuju ke arah pintu yang baru dilalui Majdi sebentar tadi untuk melepaskan diri. Skuad elit negara itu terus menyerbu ke ruang pintu itu.

Kaki terlanggar sesuatu.

"Tit! Tit! Tit!"

Litar dilengkapkan.

"BOooM!!"

Melambung.

Letupan yang kuat kedengaran. Mata Zunno terpampan, dan mayat Koperal Hakim dan skuadnya terlantar kaku.

****

Falaha meletakkan bukunya di atas meja. Menanggalkan blazer hitam yang dipakai. Pensyarah di fakulti matematik UKM itu mengurut-ngurut dahi.
Fikirannya terasa berat.

"Prof ok?"

Falaha mengangguk.

"Pihak polis dan keselamatan dah sampai?"

"Dah, mereka dah mengawasi ruang pameran.. Inspektor Salam dan anggotanya juga telah mengambil posisi mereka.."

Berita yang mengatakan bahawa Emas Elizabeth yang dihadiahkan kepada pihak UKM pada pameran kali ini akan dicuri membuatkan fikirannya berat.

Dia dilantik sebagai pengarah urusan bagi pihak staff untuk pameran ini.

Dan lebih merunsingkan, dia mendapat berita bahawa penjenayah yang dicari-cari selama ini adalah..

Seorang yang amat-amat dikenalinya..

****

Majdi berjalan laju. Raut wajahnya serius dan menggelapkan.Memakai topi dan jaket jeans hitam. Li Mei di sebelah mengorak langkah dengan kelajuan yang sama. Gadis cina yang berambut tocang kuda itu turut memakai topi.

Mereka menuju ke suis utama.

Jalan di belakang pentas itu agak lenggang. Kelihatan seorang lelaki berjalan memakai baju pencuci. Berjalan dari arah bertentangan. Melintasi mereka.
Dan..

"Tum!"

Pencuci tersebut tumbang. Majdi menariknya ke tepi.

Majdi memandang Li Mei.

"3 minit.."

****

Suasana jadi riuh. Lampu tiba-tiba terpadam. Keadaan jadi amat gelap. Polis dan pihak keselamatan terus bergegas menuju ke Plat Emas Elizabeth.

"Tunduk semua!"

Salam memberikan arahan.

"Bam! Bam!"

Kedengaran bunyi tembakan dan kaca pecah. Semua yang ada menjerit-jerit. Menunduk mencari tempat perlindungan. Kedengaran pula bunyi orang mengerang.

Suara tangisan semakin menerbit. Rasa takut muncul pada setiap orang.

Salam menggenggam erat pistol. Menghala pistol ke arah hadapan. Bergegas berlari dari arah pintu ke kotak kaca tersebut.

Kelihatan kelibat seorang bergerak pantas dalam gelap.

Majdi?

Falaha pantas mengejar kelibat tersebut.

"Tap!"

Lampu tiba-tiba terpasang kembali. Kelihatan beberapa pengawal terduduk cedera di kaki.

Mata Inspektor Salam terpampan.

Kotak kaca simpanan Emas Elizabeth pecah. Dan isinya..

Hilang!

"Kejar cepat! Halang semua dari keluar! Dia masih ada di sekitar sini! Pantas! Pantas!"

Salam pantas mengarah. Dia mengeluh. Wajahnya merah menahan marah.

"Damn it!!"

Dia menumbuk meja.

****

Majdi menapak laju, menuju ke arah Li Mei yang sedang menunggu di dalam Mercedes Hitam. Bersedia untuk bergerak.

Dia sudah menukar pakaian. Kembali berselubung jaket dan topi yang diturunkan bagi melindungi sebahagian wajahnya.

Emas Elizabeth sebagai klue yang seterusnya itu digenggam erat tanggannya yang dimasukkan ke dalam jaket.

"Majdi!"

Langkah Majdi terhenti.

Falaha?

"Majdi, majdi.. yang buat semua ni?"

Majdi diam. Tidak berpaling.

"Majdi.. Majdi dah ingat semula?.."

Air mata Falaha mula bergenang.

"Cukuplah, berhenti.. Tak cukup ke kita kehilangan Amalina? Tak cukupkah Syafiq dan Fatehah yang terlantar di hospital.. Tak cukupkah Majdi?"

Falaha mula teresak.

"Berhentilah.. Kita tak perlu pun barang tu.."

Air mata Falaha laju turun.

Li Mei meggerakkan keretanya. Memberhentikan kereta pantas di hadapan Majdi. Memberi isyarat mata kepada rakannya bahawa mereka harus cepat.

Majdi menghirup nafas. Menghembus nafas berat.

"Maaf, saya bukan Majdi, saya tak kenal awak, dan saya tak faham apa yang awak katakan.."

Dan kereta Mercedes itu bergerak laju..

Friday, January 14, 2011

Episode 17 from 40: Lari!

Burhanuddin berpeluh. Muncung besi itu terasa sejuk di dahi. Suasana gelap terasa amat menyempitkan.

"Buat kerja kau.."

Yvone menolak lebih rapat pistol itu ke kepala Burhanuddin. Burhanudin semakin rapat ke dinding.

"Sekali lagi kau ingkar.."

Pemuda Itali itu menarik senyuman jahat.

"Die.."

Dia menunjukkan gaya kelaran di leher. Seraya terus ketawa berdekah-dekah.

****

"Syafiq, tunduk!"

Majdi berbisik, tetapi deras. Seraya menekankan kepala sahabatnya ke bawah. Mereka mendekapkan belakang badan ke tempat baju di pusat membeli belah itu. Menahan nafas yang turun naik begitu laju. Dada rasa hampir pecah menahan debar. Peluh dingin sudah lama menitis.

Walaupun kelihatan pelik berbuat begitu di tengah-tengah orang ramai di pasar raya Mid Valley. Mereka tak peduli.

"Macamna diorang boleh perasan kita?"

Majdi berdebar. Tangannya menggenggam kemas pendrive bersalut perak itu.

Orang ramai terus khusyuk membeli belah. Suasana meriah. Ketika itu sedang ada sale dari baju-baju berjenama.

Lelaki berambut panjang dan bertocang itu terus berjalan perlahan-lahan sambil berpura-pura melihat-lihat baju. Tangan kanannya menyisip kemas pistol dalam blazer hitam yang dipakainya. Terus mencari 'tikus' yang sedang lari. Seorang lelaki yang berpakaian sama tetapi berambut pendek dan berkaca mata hitam mencari dalam arah yang bertentangan.

Majdi dan Syafiq pantas menyusup di celah orang ramai. Tertunduk-tunduk. Mencari jalan keluar secepat mungkin.

"Jumpa.."

Aiken terpandang sekilas. Pantas ingin mengeluarkan pistol dari blazernya.

"Jangan!"

Ronny menahan.

"Huh?"

"Boss tak benarkan untuk huru-harakan tempat ni.. Jangan risau, diorang tak dapat lari mana.."

Ronny tersenyum.

Aiken mendengus, seraya meletakkan kembali pistolnya. Dia pantas berjalan menuju keluar.

"Kita kena tangkap tikus-tikus tu cepat!"

Serius.

****

"Macam mana diorang boleh perasan kita?"

Syafiq memandu BMW berwarna hitam itu pantas. Pedal minyak ditekan kuat.

Majdi menggeleng. Wajahnya resah. Rasanya semalam ketika kejadian yang amat mengejutkan di Bank Negara. Mereka berjaya menyembunyikan diri dari dilihat mereka dan pihak polis.

Bagaimana diorang boleh perasan?

Kejadian letupan di Bank Negara semalam terasa menyesakkan dadanya.

Majdi membuka genggaman tangannya, melihat pendrive perak yang bertakhtakan batu permata kecil. Barang untuk clue seterusnya. Tapi menjadi buruan Si Misteri dan konco-konconya.

"Syafiq, kita kena cepat jumpa Fatehah di makmal... Kita perlu analisis secepat mungkin."

Syafiq mengangguk. Dia faham, bila mana ada urusan yang perlu diuruskan bersama dengan ahli FRC, dia yang perlu melakukannya. Kerana hanya dia seorang ahli FRC yang tahu bahawa ingatan Majdi sudah pulih. Bahawa dia sudah dapat mengingat semua kembali. Selepas 3 tahun kisah hitam di sungai itu berlaku. Selepas 3 tahun dia terlupa akan semua.

"Tak nak inform Zunno?"

"Zunno sekarang ada operasi di sempadan.."

Di saat seperti inilah bantuan seperti tiba-tiba hilang.

"Syafiq, berapa lagi ahli FRC yang kita belum jumpa?"

"5 Orang, Ahda, Nazihah, Afeefah di Holand, Amal dan.. Burhanuddin yang masih belum dapat pastikan dia kat mana.."

Majdi menggigit jari. Mereka mesti mengumpulkan ahli FRC scepat mungkin. Dan walau apa pun, mereka mesti mendapatkan klue untuk ke tempat seterusnya, sekaligus membongkar rahsia yang ada di sebalik bahan yang menjadi rebutan ini.

Mata Majdi tiba-tiba membesar apabila melihat cermin sisi.

Ada yang mendekat.

"Syafiq, diorang kejar kita. Cepat!"

Syafiq membawa lebih deras. Dan di belakang, kelihatan Porche merah laju mengejar. Dan kelihatan seseorang mengeluarkan pistol..

****

Episode 1 from 40: 5 tahun



"Kau nak gi mana?"

Majdi terhenti. Persoalan teman serumahnya mematikan langkahnya.

"Err, pergi kedai jap... Beli barang"

Dia tersenyum. Tangannya laju-laju menyeluk kocek menyembunyikan gambar. Haish, nasib baik tak kantoi. Dia membuka lipatan gambar. Dia tersengih sendiri. Melihat gambarnya semasa muda-muda dahulu. Sekarang pun masih muda, cuma dulu lebih muda.

"Syafiq, nak jumpa kat mana?"

Tinggi suara Majdi dalam telefon. Telefonnya sedikit rosak. Baru je beli seminggu. Memang nak kena tokei cina tu.

"Makan kat Mc Donald jom? Kata dah kaya?"

McD juga yang dipilih.

"Memang la aku dah kaya tahap gaban, tapi tak mau la kayakan Yahudi dan Amerika nu.."

Kalau ada depan aku, nak je aku pulas telinga kawan sorang ni.

"Jom pi kedai mamak, kedai mamak pun sekarang harga sama macam McD tau?"

Syafiq hanya ketawa. Majdi tersengih tak habis-habis. Menutup telefon dan menyarungkan jaket. Tak sabar nak jumpa sahabat lamanya tu. Ada benda paling penting di dunia yang nak disembangkan. Lagi penting dari isu kenaikan harga minyak.

Dia berjalan cepat.
.
****

"Ingat lagi tak gambar yang Ustaz Nazri bagi kat kita tu?"

Majdi mengeluarkan gambar. Gambar time diorang AGD dulu. Lama dah. Ustaz print dan bagi pada diorang. Tapi dua orang ni je yang tau.

"Frc? Cerita lama la.. Mana ada orang ingat pasal tu dah.."

Aish, si Syafiq ni dah lupa ke?

"Hang tau tak yang yang ada misteri dekat gambar ni?"

Majdi memancing.

Tapp!

Syafiq memetik jari. Tersenyum.

"Haha. Nasib baik hang ingatkan.. Dah cukup 5 tahun kan?"

Ha, dapat pun.

Majdi tersengih lagi. Mengacau-ngacau airnya. Kepala otaknya dah berpusing-pusing. Tak sabar nak mula.

Gambar tersebut Ustaz Nazri berikan pada mereka dulu. Memang lama dah, waktu study kat matrix dulu. Masa dalam bilik Ltd. Rahsia antara mereka je. Ahli-ahli Frc yang lain pun tak tahu. Ada rahsia yang tersimpan untuk diorang. Lama selepas diorang Agd, dan sebelum diorang pergi rehlah lagi.

5 Tahun.

Memang lama.

Tapi dah sampai masanya. Untuk diorang ambik harta karun tu. Itupun, kalau Ustaz Nazri tak pekena diorang.

Majdi menterbalikkan gambar tersebut.

Terlihat tulisan tangan dan tempat yang seakan peta. Kedua-duanya tersenyum.

"Jom!"