Followers

Thursday, May 3, 2012

Rindu :)



****

Seandainya dapat, ingin ku beri hadiah pada setiap dari kamu, agar hari harimu sentiasa dihiasi senyuman.

Mahu hatiku untuk berjumpa denganmu selalu, biar tenang hatiku sentiasa.

Ingin rasanya aku selalu membelanja kamu pada hari kita berjumpa, kerana itu yang aku suka.

Entah bagaimana ingin disampaikan.

Tidak tahu bagaimana ingin diungkapkan.

Ketawa dan katamu, semangat dan pujukanmu, cinta dan kasih sayangmu.. Membuatkan aku sentiasa ada.

Aku menanti saat-saat aku membelai rambut anak-anakmu. Pasti aku mencintai mereka.

Mengenangkan wajahmu membuatkan aku yakin, terdetik suaramu membuatkan aku terjaga, terbayang dirimu membuat aku bahagia.

Satu ku mohon,

Allah kumpulkan kita bersama di syurga.

:')

2 comments:

Anonymous said...

moga allah memakblkan doa mu...kerna kmi juga pohon doa y sme...

Anonymous said...

AMIN..
Moga kita berjumpa di syurgaNYA..

Sangat beruntung dpt kenal ahli2 FRC =)