Followers

Saturday, May 1, 2010

2:Fastrain, cerita yang tidak akan dilupa.

Picture by Fyllteth of DeviantArt

Angin bertiup lembut. Pantai Port Dickson petang itu seakan-akan riang menerima tetamunya hari itu.

"Wah! Bestnya tempat ni! "

Afeefah menjerit riang. Memerhatikan suasana sekitarnya. Tempat itu benar seperti katanya, amat menarik. Dengan pantai di sebelah hadapan dan bangunan asrama serta dewan di sebelah kiri, ia kelihatan seperti sebuah resort peranginan yang amat cantik.

Sejuk, dan mendamaikan.

"Baik, perhatian semua!"

Ustaz Nazri memberi arahan dengan suaranya yang garau dan kuat.

"Kamu semua boleh simpan barang di rumah kediaman masing-masing. Lepas asar berkumpul di tepi pantai. Kita akan main rakit."

Ustaz Nazri tersengih. Segak dalam baju dan seluarnya yang hitam.

"Main rakit? Bestnya!.."

Semua facilitator bersorak.

Mereka terus menuju ke tempat kediaman dengan semangat yang baru. Satu permulaan yang amat baik untuk mereka.

******

Semua bersemangat. Baru selesai mendengar taklimat dari Pakcik Rasyid, penjaga kem di sini. Taklimat bagi membina sebuah rakit.

Semua pasukan nampak bersungguh. Air keringat mengalir, walau tika itu mereka di tepi laut yang bayunya menyejukkan. Bertungkus-lumus menyiapkan rakit masing-masing. Ada yang jadi rakit, ada juga yang seakan bentuk bot nelayan pula. Kumpulan Kak Madihah lah, siapa lagi.

Majdi menginjak-injak rakit kumpulannya dengan kakinya. Teguh. Dia tersenyum.

"Ikat kuat lagi! Anas akan pegang bendera. Kita akan pastikan kumpulan kita menang!"

Dia memberi semangat kepada kumpulannya. Anas memegang bendera, lagak laksamana lama melayu melaka.

Mereka melaungkan takbir,

"Allahhuakbar!!"

Pantai Port Dickson bergema.

Wisel hampir ditiupkan. Semua kumpulan mengambil tempat masing-masing.

"Pritt..!!"

Semua mengayuh laju.

"Kiri, kiri, kiri kanan kiri!..."

Tangan terus mengayuh laju. Kumpulan Haq kini mendahului. Kumpulan Fatehah sudah awal-awal hampir terbalik, Fatehah mabuk laut rupanya. Kumpulan Yantie pula tersalah kayuhan menuju ke kiri. Mungkin tersalah lihat kompas. Yang Utara terarah ke Barat.

Kumpulan Majdi menyentuh kaya penanda. Pantas, memutar balik rakit ke belakang. Laju, kayuh dengan laju lagi. Bersaing dengan kumpulan Haq.

Dan akhirnya,

Kumpulan Majdi menang, dengan sorakan dan laungan takbir. Mendahului dengan masa 0.001. Ntah siapa yang mengira masa, dia pun tidak tahu. Rakit Haq terlambat, kerana ada orang terlebih muatannya. Dia kata lah.

"Wah, bestnya hari ni! Seronok gila!" Khadijah bersorak riang.

Semua berpuas hati. Nampak jelas pada tawa riang mereka.

Namun mereka tidak sedar sesuatu.

Waktu itu sudah senja sebenarnya. Warna jingga yang selalu dilabuhkan telah hampir menghilang, tinggal berubah ke gelap yang hitam kehitaman. Pekat.

Mereka terus ketawa.

Sebenarnya, ada yang terus memerhati...

******

"E.t, jom kita baca makthurat. Nak?" Kak Nazihah menanggalkan telekungnya. Melipat kemas sebelum disimpan rapi di dalam beg tangan kainnya.

Khadijah bangun malas-malas. Memusing badannya ke kiri dan kanan.

"Letih la kak. Tadi kuat sangat kayuh rakit. Tak apa kot ana tinggal kali ni.."

Liat sungguh dirasa imannya ketika itu. Biasalah iman. Kadang naik, terkadang turun.

"E.t ni, letih je kerja. Kata kuat. Tengok akak. Hehe. Tak apa, E.t berehatlah dulu ya.. Kita bersiap untuk ke dewan pula ya.." Kak Nazihah tersenyum. Mengemaskan lipatan tudungnya. Menyiapkan pen dan buku yang akan dibawa.

Khadijah mengangguk perlahan. Berat hati, berat tubuh. Cuba di ringan juga.

*****

Dewan penuh. Gamat dengan suara-suara fasi yang bersembang. Menunggu penceramah yang akan hadir. Ada yang berta'aruf. Ada yang tidurnya sudah ma'ruf. Ada yang bertukar-tukar cerita dan hati. Yang lapar, apa lagi, bertukar-tukar roti.

Khadijah hanya diam. Kepalanya sudah pening-pening. Rasa macam nak demam. Dia hanya duduk-duduk sahaja. Bercakap tidak, bising seperti selalu apatah lagi.

"Zap"

Gelap. Bekalan elektrik tiba-tiba terputus. Dewan hingar.

"Minta semua bertenang!" Committee Prep and Tech cuba menjalankan tanggungjawabnya secepat mungkin.

Khadijah sudah tidak tahan. Dia berjalan lesu-lesu keluar dewan.

Dari jauh, dia nampak Kak Nazihah sedang duduk di atas kerusi wakaf berpayung agak jauh sedikit dari dewan. Keseorangan.

"Nak ajak Kak Nazihah baliklah" Bisik Et dalam hati.

Khadijah menghampiri pondok wakaf.

"Akak, jom balik? Ana letih sangat ni, rasa nak demam pula.." Khadijah mengelus kecil.

Kak Nazihah hanya mendongak sedikit. Tersenyum. Mengangguk, terus bangun dari tempat duduknya.

Khadijah perasan, senyuman Kak Nazihah agak pelik sedikit. Tidak seperti selalu.

Kawasan asrama itu memang gelap, boleh dikatakan agak terpencil. Perlu melalui jalan-jalan tanpa lampu. Bila angin menderu, boleh mendengar seakan orang menangis pula. Malam memang sedia sejuk, jadi tambah seram sejuk pula.

"Akak Nazihah ni demam ke? Dari tadi diam je?" hati Khadijah berbisik.

"Ha, tulah. Tadi cakap kat aku lagi. Kan dah kena balik.." Khadijah nakal dalam hati.

"Akak ok?"

Kak Nazihah hanya menganguk. Berpaling ke wajah khadijah. Tersenyum. Khadijah tersentak. Sungguh, senyuman Kak Nazihah kali ni pelik sekali. Senyum lebar hingga ke pipi. Dengan mata hampir terbeliak besar. Dia cuma terkejut. Kak Nazihah demam mungkin.

Akhirnya sampai. Hanya mereka berdua di asrama itu. Rumah kecil yang mempunyai bilik-bilik kecil, dan satu bilik air. Nampak padat, tapi kemas. Rumah kayu lama itu malam-malam memang rasa sunyi.

Khadijah masuk ke dalam bilik. Melabuhkan kepala ke empuk bantal. Lega. Rasanya seperti berada di awangan. Tenang sebentar.

Di luar, cengkerik berbunyi perlahan. Sahut-menyahut memecahkan bunyi malam. Kadang katak bising dengan dengkurannya yang kuat.

Suasana rumah kayu itu menjadi seperti rumah lama dengan suasana itu.

"Khadijah..."

Terdengar sayup suara memanggilnya.

Khadijah bangun, menggosok-gosokkan mata. Sepi. Dia tidur kembali. Terdengar pula bunyi pintu tertutup. Kemudian bunyi pintu terbuka.

Tutup buka. Tutup buka.

Bunyi angin menderu. Pintu terbuka lagi. Tertutup lagi. Tutup buka. Tutup buka.

"Khadijah.. Hehe.."

Perlahan. Terdengar gelak tawa hilai di hujung..

"Kak Nazihah?"

Khadijah bangun, mencari-cari Kak Nazihah. Dia berjalan mencari dalam rumah.

"Isk, mana akak ni?"

Angin masuk, menyucuk-nyucuk badan. Khadijah berpeluk tubuh. Sejuk. Dia sudah terasa seram-seram sejuk.

"Khadijah..."

Muka khadijah memucat.

"Akak! Janganlah main-main!"

Pintu tutup. Pintu buka. Tutup, buka.

Dia melihat.

"Khadijah.. Hee..."

Suara yang memanggil namanya semakin kuat. Hilaian di hujungnya semakin kedengaran..

Khadijah berpeluh. Percik peluh dingin.

Dia terus melangkah turun dari rumah. Berlari selajunya. Jalan terasa jauh. Terasa lama. Gelap. Dia terasa seperti ada yang mengikutnya. Khadijah terasa ingin menangis.

Dia nampak dewan dari jauh. Dia berlari laju-laju.

Dia menangis. Masuk laju ke dalam dewan.

Semua di dewan terpampan.

"Kenapa ni Khadijah?" Yantie bertanya, cemas.

Khadijah terasa seakan dunia ini berat.

"E.t, e.t ok? Kenapa ni?'' Kak Nazihah yang kelihatan risau cepat bertanya.

"Kenapa akak tinggal saya sorang-sorang kat rumah?" Khadijah bertanya.

"Tinggal seorang? Bila pula akak ke asrama. Akak di dewan ni lah dari tadi.."

Khadijah terbayang senyuman Kak Nazihah tadi. Senyuman yang panjang hingga ke pipi. Mata yang menjegil tersenyum kepadanya tadi.

Dewan terasa gelap.

Dia terus pengsan.
*******

"Ha, tu lah. Akak ajak baca makthurat tak nak."

"Akak ni, kita dah macam ni. Nak marah lagi.." Khadijah seakan merajuk.

"Hehe.. Apalah kamu ni, kan akak dalam dewan je waktu tu. Macammana lah boleh jumpa akak atas kerusi mana ntah.." Nazihah ketawa kecil.

"Manalah orang tau..." Khadijah menjawab pendek. Malas melayan usikan kakak frc nya tu. Dia masih terbayang-bayang kisah semalam.

Dia menggigil lagi.

*****


Hari ini tamat. Indah rasa. Damai terasa. Seindah ukiran kayu sahabat-sahabat Frc di pantai. Melambangkan hati mereka. Melambangkan perasaan mereka. Dari atas, terukir semua.

Dengan bayu yang lembut, cuaca yang redup. Teringat itu, pasti tersenyum sendiri.

Semua beratur ke bas. Gembira dengan kenangan yang ada. Khadijah juga. Walau mengharungi saat-saat yang mengerikan, namun hari-hari selepas itu dia jalani dengan baik sekali. Semangat dan memberi semangat. Memberi partisipasi yang sepenuhnya. Biasalah, Khadijah.

"Selamat tinggal Port Dickson! Selamat tinggal Pakcik Rasyid! Jumpa lagi ya!" Mereka bersorak riang. Melambaikan tangan.

Khadijah juga. Dia melambaikan tangan tinggi-tinggi.

Dari jauh. Khadijah terperasan. Dia ternampak seorang melambai kembali. Berada jauh di beranda rumah. Dengan tersenyum. Mata yang membesar dan menjegil. Wajah yang pucat. Dia tersenyum panjang hingga ke pipi.

Dia melambai perlahan kepada Khadijah.

Kak Nazihah!

"Khadijah, cepatlah naik bas!" Kak Nazihah melaung dari dalam bas.

Khadijah terpana.

Sekali lagi, dia rasa sekelilingnya berubah menjadi gelap..

3 comments:

...huh... said...

assalamualaikum..cerita diatas adalah cerita rekan semata2 watak dan dialog y disertakan langsung tidak menggambarkan situasi y sbenarnya...namun ia hnya sekadar pembacaan dan bkn kenangan y sbenarnya berlaku...sekian harap maklum..

Fate, hah? said...

uish...seram sungguh kene kejo antu...huhu
nak jugak menangkan kmpln rakit die ek..haha
takpe2 jgn takut et...bukan cerita sbnr~hihi

Nor Amalina Mohamed Johari said...

encik berkaliber ruoenye. menarik2. sy suke. :)