Followers

Tuesday, August 17, 2010

Special Episode

Food 5 by ~AmerGe of DeviantArt

****

Hidayatul Hafidzah menyenduk nasi.

"Yaumil, tuang perlahan kuah kari tu.. nanti tumpah."

Yaumil mencebik.

Afifah ketawa. Membantu sahabatnya itu.

Suara Syafiq menjadi imam kedengaran perlahan. Sengaja menambah yang sunat. Sedap suaranya.

Majdi mengaminkan, menyambut.

"Comel kucing ni.."

Zunno di luar rumah bermain dengan si putih.

Burhanuddin hanya tersengih melihat.

"Seronok dapat ifthor rumah ustaz kan?"

Amalina mengomel.

"Seronok lah sebab akak dapat makan banyak.."

Khairi menjawab mengenakan.

Madihah tersenyum.

"Tak baik betul lah kamu ni Khairi..."

Falaha menasihati sambil ketawa.

Anak-anak Ustaz Nazri bermain berlari di luar. Bergembira di laman.

"Jangan gaduh-gaduh, makanan dah siap.. Jom makan.."

Isdiyantie menatang dulang. Menenangkan keadaan.

Khadijah mengikuti, membawa jag air. Sejuk.

Syafiq dan Majdi telah selesai. T.v terpasang. Lagu raya berkumandang. Suasana jadi meriah.

"Kak Nazihah mana?"

"Kat sini.."

Nazihah tersenyum. Usai membasuh cawan.

Hidangan disiapkan. Pelbagai aneka.

"Ha? Bila kita boleh makan?"

Majdi tiba-tiba menerpa.

"Haish, makan je kerja cik Majdi ni.. Bukan nak tolong pun.."

Afeefah memotong.

"Ntah, kalau nak kena masak sendiri la.."

Ahda menambah.

Majdi mencebik. Yang lain ketawa.

Semua duduk mengambil tempat. Di luar, lampu lip lap terpasang. Menambah rasa yang sedia ada.

"Tak cukup seorang.."

Fatehah mengingatkan.

"Siapa?"

Syafiq jadi pelik.

"Assalamu'alaikum! Tak ingat abang ya?"

Satu suara mesra menerpa.

"Abang Rizal!"

Semua berkalih, terus terpancar wajah ceria.

"Kita mula.."

Ustaz Nazri tersenyum, menadah tangan.

Dan suasana hari itu meriah. Meriah amat. Meriah seperti sebuah keluarga besar yang telah lama bersama.

Sebuah keluarga yang bernama..

FRC.

****

8 comments:

ulya said...

Special cerita kali ini. Macam betul2 dah berlaku. Semua ada. Lengkap satu keluarga FRC ditambah dengan karakter yang sinonim dengan diri masing-masing. Moga dapat merealisasikan special episode ni~:)

Erm,nama ana sedap dah duk kat atas tu. Siap nama penuh lagi.:)Cuma nama ana tu us silap eja. Nak kena denda ni. Mana boleh adik-beradik 1 famili tersilap eja nama masing-masing...betul kan Ahmad Majdi Nadwan?~

Nadwan said...

=) Mana ada silap, cuba ustazah cek balik betul-betul wahai Hidayatul hafidzah binti zulkifli dengan no matrix di pj 084242.

Ha, siapa yang patut kena denda atas pertuduhan silap?

(Sebenarnya ana dah edit~)

Nor Amalina Binti Mohamed Johari said...

Assalamualaikum wbt.
Thanx Majdi :)
Rindu betul kat FRC. sob3

ulya said...

Erm,ustaz dah edit nama ana bolehlah ustaz berani cakap macam tu. Memandangkan ana tak boleh tunjukkan bukti yang ustaz bersalah, maka ana tarik balik pertuduhan tu. Dan tak bolehlah ana kenakan sebarang denda terhadap ustaz.(nampak tak,baik kan ana?:)

Lagi satu,terima kasih sebab 'ingat' nama penuh ana dan nombor matrik pj dengan baik skali.

Nombor matrik Kuantan nak?~~~

Wardatul Ad-Din said...

Assalamualaikum..

Allah...nampaknya tak jadi la FRC nak ifthar rumah ayah tahun ni. InsyaAllah bila-bila kita pergi rumah ayah ya. Siap tolong masak sekali. Mesti waktu tu danish dengan adik danish dah besar. FRC sentiasa di hati..

akbty said...

amboih kak dayah..nk jgk mencapubkan no matrik yg kat sni nye..mmg t'serlah la kekakdayahan nye..hahaha..
yantie,xpe yantie..ade rezeki laen kali I'Allah ea..Allah nk kasi kte rindu tu lbh sket (ble lame da xjmpe an)he3..bru rase ukhuwah tu..

ulya said...

ambaoih fah...apa tu kekakdayahan...nak tau plak apa dia keafifahan??...;P

betul cakap fah tu yantie..yakinlah pada Dia..:)

yang penting, adik-beradik FRC jangan lost contact each other ya! :D

akbty said...

haha.k.dyah,keafifahan tu xwujud..yg ade hanye kekakdayahan je..ki3~