Followers

Sunday, August 1, 2010

7: Hilang!: When the hero comes.

Picture by `kuschelirmel of DeviantArt

****

Peluh dingin Syafiq mengalir. Muncung pistol itu benar-benar dihalakan ke kepalanya. Hanya 1 meter untuk peluru itu menembusi isi otaknya jika dilepaskan.

Jagun berwajah bengis. Dia benar-benar serius. Budak-budak ini perlu dihapuskan!

"Matilah!"

"Bamm!!"

Tiba-tiba pintu yang berada di sebelah kiri Jagun pecah. Jagun tersungkur .

Muncul seorang yang tinggi berpakaian serba hitam. Wajahnya terlindung di sebalik helmet hitam SHOIE. Berjalan masuk perlahan ke dalam bilik, mendekati Jagun.

Jagun bangun, pantas mengambil pistol yang terlepas dari genggamannya tadi.

Namun lelaki misteri itu lebih pantas bertindak. Dia terus menendang tangan Jagun.

Pistol terlepas.

Peluang! Lelaki misteri itu terus memberikan tumbukan padu ke perut Jagun.

Jagun tertunduk. Tumbukan kedua pula diberikan. Menuju laju ke muka Jagun.

"Tum!"

Wajah jagun tersembam menyembah lantai. Diam, tak bergerak.

Syafiq mengucapkan syukur berkali-kali. Nyawanya masih selamat kali ni. Majdi dan Khairi terpana.

Lelaki misteri itu menoleh ke arah mereka . Berdiri tegak. Segak dalam jaket kulit dan sarung tangan hitamnya.

Siapa lelaki misteri ni? Baik ke jahat?

Lelaki misteri itu berjalan mendekati mereka. Membuka helmet yang menutupi wajah. Perlahan..

"Ustaz Nazri!!"

Amalina menjerit. Majdi seakan tak percaya.

Ustaz Nazri tersengih.

"Kita keluar dari sini cepat. Sebelum rakan diorang yang lain sampai!"

Ustaz Nazri mengeluarkan arahan.

"Ya, jom cepat!"

****

Mereka berlari, secepat yang mungkin. Dalam masa yang sama Majdi menjaga Amal yang masih terhincut-hincut. Risau sahabatnya itu jatuh tersungkur. Ustaz Nazri berada di hadapan.

Melindungi sahabat-sahabat FRC yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri.

Mereka keluar dari bilik kurungan. Menuju keluar ke pintu utama. Cahaya dari luar sudah kelihatan. Sedikit lagi untuk keluar dari rumah tersebut.

Wajah Amal gembira. Ya Allah, aku dapat keluar dari semua ini..

5 meter lagi untuk sampai ke pintu. 4 meter lagi..

Tiba-tiba, cahaya dari pintu itu menjadi gelap. Seakan ada sesuatu yang menghalang di hadapannya. Sesusuk tubuh kelihatan berada betul-betul di hadapan pintu. Menutupi ruang yang ada.

"Matilah!!!!!"

Black mengangkat pistolnya. Ustaz Nazri terpana. Jarak mereka hanya sekadar beberapa meter.

Semua terkejut. Masa seakan berjalan amat perlahan. Picu terus dipetik.

"UstaaAazzZZZz!!"

"Bamm!! Bamm!! Bamm!!"

Peluru dilepaskan. Laju. Laju menembusi kepala.

Darah memercik.

Mengalir perlahan ke lantai. Jaket Ustaz Nazri dibasahi darah.

"UstaaAazzZZZz!!"

Amalina menjerit lebih kuat. Menangis.

Black tertiarap di lantai. Darah memenuhi kepala. Lantai menjadi merah.

Ustaz Nazri melihat-lihat dirinya. Terkejut dengan darah Black yang memercik membasahi jaketnya.

"Angkat tangan!"

Polis menyerbu masuk.

Memastikan keadaan selamat dan membawa mereka keluar perlahan-lahan.

Dan di luar, berdekatan kereta polis, kelihatan Zunno dan sister-sister FRC yang lain. Menangis berlari mendapatkan sahabat mereka yang amat dicintai.

****

Hari ini, Agd.

Malam hari ini terasa lembut. Hening menyelimuti. Lampu-lampu perang menerangi Masjid Ghufran. Syahdu.

Sudah sampai saat ini kan? Dari dulu di meja meeting pertama, bekerja, ketawa, menangis, ketawa lagi, bersama-sama dalam segalanya, dan sampai ke Agd hari ini.. Ke waktu ini.

Waktu yang mungkin untuk yang terakhir kalinya.

Majdi menapak menuruni bas. Melihat restoran yang tinggi di atas bukit. Malam itu benar-benar perang.

Berjalan perlahan-lahan, memasuki tempat yang akan sentiasa diingati.

"Majdi!"

Ahli FRC memandang. Majdi tersenyum.

Tema hari ini merah. Bilik itu benar-benar kelihatan cantik. Hiasan meja, bunga, dan segalanya. Merah. Kadang-kadang, terasa seakan bilik pengantin pula.

Majdi duduk. Meja bulat yang terhias amat cantik. Gumpalan-gumpalan kain itu dibentuk menjadi satu corak yang amat menarik. Lilin pula menemani meliang-liukkan rasa di hati.

Senyum.

"Makan?"

Falaha menjemput.

Tenang.

"Tidurlah sayang.. dodoikan bersama zikir mendamaikan.. Bangunmu esok, menjadi pejuang, mujahid sepanjang zaman.."

Kumpulan Saljuk mendendangkan. Alur-alur irama terasa mengalir perlahan di telinga.

Slide ditayangkan. Gambar FRC diposter dikosongkan. Bemakna.. Ya, perjuangan kami di sini sudah tamat. Hari-hari bekerja sebelum ini mungkin sudah berakhir.

Namun, keluarga ini tak pernah berakhir. Kan?

Moga-moga penyambung selepas ini terus hebat membawa Islam.

"FRC, jom tangkap gambar!"

Presiden mengajak.

"Jom, kita tangkap gambar dengan orang yang kena culik. Haha."

Majdi menyambut.

"Apakah?"

Amal mencebik. Semua ketawa.

Kamera tersedia.

"One click for the moment, and one moment for forever.."

Senyum.

"Satu.. dua... tiga..!"


****

"Syafiq, macamna hari tu? Amalina sihat tak ada apa-apa?"

Brother Izdihar bertanya.

"Alhamdulillah, dia boleh cakap banyak tu sihat je lah kot.." Syafiq ketawa.

Amal hanya menjeling.

"Jangan risau ustaz, kalau ada apa-apa, hero kan ada?"

Majdi menyambung, tersengih sendiri.

Berita kes penculikan tempoh hari menarik perhatian media. Kumpulan Singa Hitam berjaya ditumpaskan. Namun, dalang di atasnya masih belum berjaya diberkas polis.

"Baguslah.."

Brother Izdihar tersenyum.

"Jaga diri korang elok-elok ya.."

Penuh makna. Kemudian dia memegang handphone, menghantar Sms kepada seseorang:

"Pastikan Projek kita selepas ni berjaya! Faham?! Aku tak mahu dengar apa-apa kegagalan lagi!.."

Terus berpura-pura tersenyum, sambil memerhatikan mangsa seterusnya..

****

Tamat.


P/s:

-Geram betul, macamna lah Fatehah boleh assume awal-awal penunggang motor tu Ustaz Nazri. huhu. ~

-Menulis sambil mendengar lagu "Di manakah abi".

-May Allah bless :)

1 comment:

Nor Amalina Binti Mohamed Johari said...

Best2!
Alhamdulillah, cekap betul sahabat2 FRC ni. Huhu.