Followers

Saturday, July 24, 2010

6: Hilang 2

Picture by ~SnediX of DeviantArt

Tengah study, tapi mengantuk. (Cehs~ muka surat tak ubah-ubah dari tadi). Jadi, sambil mendengar lagu maher zain, terasa nak sambung tulis pulak. Risau peminat-peminat tertunggu-tunggu pula B-) cewah. Haha.

****

"Kita nak jual kat mana budak ni?"

Si pemilik parut itu tersengih. Menjeling ke belakang dalam kaca mata hitamnya. Mukanya benar-benar menggerunkan.

"Kat mana lagi, tempat biasalah.."

Jagun membalas.

"Thailand."

Dia menyambung sambil ketawa.

Berderau darah Amal mendengar. Tubuhnya sudah menggigil. Hatinya hanya menyebut-nyebut nama Allah. Amal menangis tak henti-henti. Terasa takut sangat. Sungguh kecut perut. Di jual di Thailand? Dia terbayang wajah-wajah keluarganya. Satu persatu.

Pergantungan hanya pada Allah. Tak putus-putus berdoa. Berharap dia dapat diselamatkan sementara mereka masih berada di Malaysia. Selagi ada masa.

"Haha. Bagus kau budak, kaya aku lepas ni.. Bila nak kita nak bergerak ke sempadan?" Jagun menyedut rokok. Asap berkepul-kepul.

"Kita tak boleh lambat, nanti polis cari.."

"Bila?"

Black tersengih.

"Malam ni?"

"Tak.."

" petang ni." Black tersengih lebih besar.

Mereka ketawa.

Dan muka Amal bertambah pucat.

Kereta hitam itu terus memecut laju..

****

"Kami nampak.. diorang tarik kak amal.. masuk dalam van.."

Khairi menyambung. Ayatnya masih putus-putus. Terketar-ketar.

Amal diculik? Akan dijual? Amalina Johari? Betulkah semua ni?

Semua jadi terdiam. Jadi gugup tak tahu apa yang perlu dibuat.

"Kita tak ada masa ni, dah call polis?!"

Tinggi suara Syafiq, tegas bercampur kalut. Cemas yang datang tiba-tiba bagai tsunami yang melanda.

Ahda menggeleng dalam tangisan.

"Syafiq, kita dah lambat. Kita kena cari dan kejar kereta tu.. Sebelum diorang gerak lebih jauh. Amal dalam bahaya!"

Majdi sudah berdiri di depan pintu. Risau yang teramat.

"Call polis sekarang! Zunno, tolong sister buat laporan. Khairi, tunjuk kalau ternampak kereta tadi yang sama.. Kita gerak sekarang."

Syafiq menapak laju menuju ke kereta.

****

"Pang!"

Amal ditampar. Keras.

"Berani kau melawan budak! Tak sayang nyawa ke?!"

Amal tersungkur di lantai. Dia meronta cuba melepaskan diri ketika dibawa ke satu bilik kurungan tadi. Amal mengelap darah yang mengalir di mulut. Terasa pedih.

"Sekali lagi kau buat apa-apa, jagalah!"

"Bam!"

Pintu bilik itu ditutup rapat. Gelap.

Amal menangis. Menangis semahu-mahunya. Dia benar-benar tak mahu kejadian ini berlaku.

Berat terasa ujian kali ini. Dia tak mahu dijual. Dia tak mahu masa hadapannya hancur. Dia masih sayangkan keluarganya. Dan dia masih mahu bersama-sama dengan rakan-rakannya dalam FRC.

"Brr..."

Amal tersentak. Tiba-tiba terasa ada benda yang bergetar. Dia meraba-raba poketnya. Handphone!

"Syafiq is calling..."

Alhamdulillah. Diorang terlupa ambil handphone aku ke? Amal mengulang-ulang syukur dalam hati.

Amal mengangkat perlahan.

"Amal! Kat mana sekarang ni?" Syafiq separuh menjerit.

"Tak tahu.. tak tahu.. Tolong Syafiq, tolong... ... " Amal menggeleng sambil menangis.

"Amal, bawa bertenang. Kami sedang usaha.. "

"Diorang nak jual petang ni.. tolong.. takut sangat.. tolong.."

"Ingat tak mana-mana tempat yang lalu tadi? Bunyi ke, ap....."

"Syafiq?! Syafiq?! Helo!"

Senyap.

Bateri habis. Amalina menangis lagi. Ya Allah..

****

"Kereta tu!"

Khairi laju menunjuk.

"Kereta tu yang ambil Kak Amal tadi!"

Majdi membrek. Menukar gear, dan terus membuat pusingan dalam kadar yang laju. Kereta kancil biru yang dipandunya dibawa perlahan mengikut Van kelabu yang Khairi tunjuk. Majdi cuba membawa dalam kadar yang selamat agar mereka tak disedari.

"Amal ada cakap yang diorang nak jual petang ni, kita tak boleh tunggu polis, kita kena bertindak dulu!"

"Jagalah!" Majdi melaung geram.

Dan semua di dalam kereta itu bertekad akan menyelamatkan Kak Amal walau apa yang berlaku.

Dalam masa yang sama, mereka tidak menyangka bahawa mereka juga sedang diikuti oleh seseorang,

Pemandu motorsikal berkuasa tinggi yang memakai serba hitam. Sedang memecut laju di belakang mereka..

****

Van besar itu masuk ke dalam sebuah denai kecil, yang kemudian membawa ke perkarangan sebuah rumah usang.

"Amal mesti ada dalam rumah tu..Macamna sekarang? Kita tunggu polis?"

"Tak boleh, memang tak sempat. Mungkin mereka akan bergerak sekarang. Dan kita akan hilang jejak Amal!"

Syafiq mengeluh, mengerutkan wajah memikir sedaya mampu.

Dari jauh, mereka dapat melihat dua orang kelihatan sedang berbincang di perkarangan rumah. Jagun dan Black. Mereka berjalan ke hulu ke hilir seakan juga sedang memikirkan sesuatu. Di tangannya jelas sedang memegang pistol.

Kemudian terdengar salah seorang menjerit.

"Korang berlima jaga budak ni baik-baik! Kami akan balik dalam masa 10 minit dan kita akan terus bergerak!"

Mereka terus meuju ke van dan beredar.

Majdi, Syafiq, dan Khairi kini merancang sesuatu.

"Baik, kita kena bertindak sekarang!"

****

Khairi meluru, menghasilkan satu tendangan berpusing. Melibas kepala seorang yang botak, terus menghempas dinding.

"Penceroboh!"

Seorang rakannya menjerit. Lelaki yang berbadan tegap itu menghayunkan kayu, laju. Khairi tenang, menarik langkah setapak. Dia menahan kayu tersebut dengan tangan kirinya, menghasilkan sedikit pusingan di urat kanan lawan, kemudian memberi tumbukan sulung yang pantas ke rusuk kiri.

Tersungkur, 2 sudah jatuh.3 orang yang berada di situ gegas datang bila tersedar. Menyerang bergerombolan.

"Jangan harap!"

Syafiq melanggar ketiga-tiga tadi serentak dengan badannya. Jatuh tergolek. Seorang terus bangun, cuba untuk melawan.

"Heh, kau tak kenal aku siapa ya?"

Syafiq menggumam, kemudian memberikan hentakan keras ke kepala si penjahat.

Seorang lagi pula cuba bangun, Syafiq terus menampar dengan tangannya. Kepalanya menjunam dan akhirnya bercumbu dengan lantai.

Syafiq terus beraksi. Mengembalikan keperwiraannya ketika sekolah dulu, ketika menjadi senior otai di waktu Form 5 dahulu.

Di satu sudut yang lain..

Majdi berdiri perlahan, tegak. Menghadap seorang yang kiranya sebagai penjaga pintu di situ.

"Kau siapa ha?! Nak mati ke?"

Lelaki yang berparut itu memusing-musingkan pisau rambonya.

Majdi hanya tenang, menarik nafas perlahan. Lagaknya benar-benar seperti Laksamana Sunan.

Bersedia.

Pisau terus diacu laju ke perut. Hanya dalam 15 sentimeter untuk merobek isi perut.

Majdi tersengih.

Majdi menampan tangan, pantas. Terus menumbuk bahagian sisi pinggang, kemudian laju menuju leher. Memegang bahu kiri si lawan, dan...

Bum!

Menghempas lawan ke lantai.

Akhirnya menumbuk sekuat hati ke wajah.

Majdi bangun berdiri, penuh bergaya. Debu bertebaran. Buah seni silat cekak hanafi yang dipelajarinya berjaya diamalkan.

Dia terus melangkah menuju pintu bagi menyelamatkan Amalina Johari..

****

Majdi membuka laju ikatan di tangan Amalina.

Tangisan Amal masih bersisa.

"Sabar Amal, sikit lagi, insyaAllah kita selamat.."

Amal kelihatan lesu tak berdaya.

Majdi membuka ikatan dengan pantas. Membangunkan Amal yang terbaring sejak dari tadi.

"Majdi, kita kena cepat!"

Syafiq bergegas meluru. Khairi sudah berada di sebelah. Mereka terus membantu Majdi dan Amal.

Dup.. Dup..

Derapan kaki kedengaran.

"Korang ingat korang hero sangat?"

Jagun tersengih, menutup pintu yang berada di bahagian kirinya. Menghadap tepat budak-budak yang berada di depannya.

Syafiq dan Khairi berdiri. Bersedia.

"Nak lawan?" Jagun tersengih lebih besar.

"Pergi matilah!"

Dia mengangkat muncung pistol. Tepat ke kepala Syafiq.

Semua jadi terpana. Peluh dingin Syafiq mengalir.

Jagun tersenyum jahat, mengacu, dan..

"Bam!!"

****

Bersambung..

3 comments:

Anonymous said...

asyik bersambung aje....

Effe said...

ok.....tgah bace asyik trbayang org yg betul je. Amal...rileks ea ;)

sahel al-fateh said...

da agak dah buah silat cekak hanafi,hoho