Followers

Friday, January 14, 2011

Episode 17 from 40: Lari!

Burhanuddin berpeluh. Muncung besi itu terasa sejuk di dahi. Suasana gelap terasa amat menyempitkan.

"Buat kerja kau.."

Yvone menolak lebih rapat pistol itu ke kepala Burhanuddin. Burhanudin semakin rapat ke dinding.

"Sekali lagi kau ingkar.."

Pemuda Itali itu menarik senyuman jahat.

"Die.."

Dia menunjukkan gaya kelaran di leher. Seraya terus ketawa berdekah-dekah.

****

"Syafiq, tunduk!"

Majdi berbisik, tetapi deras. Seraya menekankan kepala sahabatnya ke bawah. Mereka mendekapkan belakang badan ke tempat baju di pusat membeli belah itu. Menahan nafas yang turun naik begitu laju. Dada rasa hampir pecah menahan debar. Peluh dingin sudah lama menitis.

Walaupun kelihatan pelik berbuat begitu di tengah-tengah orang ramai di pasar raya Mid Valley. Mereka tak peduli.

"Macamna diorang boleh perasan kita?"

Majdi berdebar. Tangannya menggenggam kemas pendrive bersalut perak itu.

Orang ramai terus khusyuk membeli belah. Suasana meriah. Ketika itu sedang ada sale dari baju-baju berjenama.

Lelaki berambut panjang dan bertocang itu terus berjalan perlahan-lahan sambil berpura-pura melihat-lihat baju. Tangan kanannya menyisip kemas pistol dalam blazer hitam yang dipakainya. Terus mencari 'tikus' yang sedang lari. Seorang lelaki yang berpakaian sama tetapi berambut pendek dan berkaca mata hitam mencari dalam arah yang bertentangan.

Majdi dan Syafiq pantas menyusup di celah orang ramai. Tertunduk-tunduk. Mencari jalan keluar secepat mungkin.

"Jumpa.."

Aiken terpandang sekilas. Pantas ingin mengeluarkan pistol dari blazernya.

"Jangan!"

Ronny menahan.

"Huh?"

"Boss tak benarkan untuk huru-harakan tempat ni.. Jangan risau, diorang tak dapat lari mana.."

Ronny tersenyum.

Aiken mendengus, seraya meletakkan kembali pistolnya. Dia pantas berjalan menuju keluar.

"Kita kena tangkap tikus-tikus tu cepat!"

Serius.

****

"Macam mana diorang boleh perasan kita?"

Syafiq memandu BMW berwarna hitam itu pantas. Pedal minyak ditekan kuat.

Majdi menggeleng. Wajahnya resah. Rasanya semalam ketika kejadian yang amat mengejutkan di Bank Negara. Mereka berjaya menyembunyikan diri dari dilihat mereka dan pihak polis.

Bagaimana diorang boleh perasan?

Kejadian letupan di Bank Negara semalam terasa menyesakkan dadanya.

Majdi membuka genggaman tangannya, melihat pendrive perak yang bertakhtakan batu permata kecil. Barang untuk clue seterusnya. Tapi menjadi buruan Si Misteri dan konco-konconya.

"Syafiq, kita kena cepat jumpa Fatehah di makmal... Kita perlu analisis secepat mungkin."

Syafiq mengangguk. Dia faham, bila mana ada urusan yang perlu diuruskan bersama dengan ahli FRC, dia yang perlu melakukannya. Kerana hanya dia seorang ahli FRC yang tahu bahawa ingatan Majdi sudah pulih. Bahawa dia sudah dapat mengingat semua kembali. Selepas 3 tahun kisah hitam di sungai itu berlaku. Selepas 3 tahun dia terlupa akan semua.

"Tak nak inform Zunno?"

"Zunno sekarang ada operasi di sempadan.."

Di saat seperti inilah bantuan seperti tiba-tiba hilang.

"Syafiq, berapa lagi ahli FRC yang kita belum jumpa?"

"5 Orang, Ahda, Nazihah, Afeefah di Holand, Amal dan.. Burhanuddin yang masih belum dapat pastikan dia kat mana.."

Majdi menggigit jari. Mereka mesti mengumpulkan ahli FRC scepat mungkin. Dan walau apa pun, mereka mesti mendapatkan klue untuk ke tempat seterusnya, sekaligus membongkar rahsia yang ada di sebalik bahan yang menjadi rebutan ini.

Mata Majdi tiba-tiba membesar apabila melihat cermin sisi.

Ada yang mendekat.

"Syafiq, diorang kejar kita. Cepat!"

Syafiq membawa lebih deras. Dan di belakang, kelihatan Porche merah laju mengejar. Dan kelihatan seseorang mengeluarkan pistol..

****

3 comments:

speTah said...

hahha mcm csi de makmal2 ni..tp mcm jugak cte transporter hahhaha mjdi nk jd cm pengarah muvie plak..asal la ak pn kne culik =.=' haish..

kak dayah said...

Tu lah..kesian Feefa..sampai ke Holand dibawaknya...;p

xpe2 Feefa, sab0 ea. Best pe kat Holand..lps ni balik la tu ke Malaysia..heroes kan ada??? kompem selamat..mcm Ama dulu..~_~

Penulis said...

Hurm :) Majdi dan Syafiq dalam usaha mengumpulkan ahli-ahli FRC, sebab pada diorang ada benda penting yang diorang dapat dulu. Bukan kena culik. Cuma tak tau kerja kat mana. Tu tengah usaha kontek balik lah tu :)