Followers

Wednesday, June 30, 2010

4: Hilang!


"Abi, kenapa abi termenung je.. senyum sorang-sorang pula tu.."

Aku melirik ke wajah comel Daniel yang bermata bulat. Comel dalam kopiah putihnya.

Aku tersenyum.

"Abi teringat kawan-kawan baik abi dulu, kawan-kawan yang abi rindu sangat sekarang.."

Aku mengusap kepala anakku itu. Halus dan lembut rambutnya.

"Ramai ke kawan abi tu?"

Suci wajah si kecil ini menutur. Sungguh menenangkan.

"17 orang, yang pasti abi tak akan lupa sampai bila-bila.."

****

LTD pagi ini meriah. Sekali dilihat, seakan seperti suasana raya pula.

Meja kaca petak yang dikelilingi sofa bersarung kuning itu penuh dengan kertas-kertas hiasan berwarna warni. Berselerak dengan bentuk potongan yang pelbagai-bagai.

Pagi ini cuti, tetapi hari ini ahli-ahli FRC tetap berkumpul bersama. Membuat persiapan dan perhiasan untuk Annual Grand Dinner yang akan berlansung. Bekerja dengan gaya dan cara masing-masing. Benar-benar seperti sebuah keluarga yang mesra.

Yaumil dan Amalina membancuh air di dapur. Syafiq tekun dengan wajahnya yang selalu begitu bila di hadapan komputer. Majdi pula menggunting riben menjadi corak bunga, sambil tak habis-habis mengeluarkan teorinya yang berjeda-jeda dengan penuh semangat.

Madihah mengikat kotak. Hidayah membantu. Fatehah dan Falaha pula ntah apa yang dibincangkan seronok begitu.

Habis riuh rendah 'office tak rasmi' mereka itu.

"Hai.. Seronok hampa.."

Ustaz Nazri tiba-tiba muncul menyapa. Tersengih seorang.

Semua mata memandang.

"Assalamu'alaikum ustaz!.."

Hampir serentak. Gembira terpancar di wajah mereka.

"Ustaz sihat?"

"Kalau hampa sihat, ustaz sihatlah.."

Bersahaja. Memang itulah gayanya dari dulu.

Ustaz Nazri duduk. Mengambil segelas teh yang dibuat oleh Yaumil dan Amalina tadi. Meneguk sebentar. Kemudian membaca surat khabar yang dibawanya sebentar tadi. Dia menggeleng.

"Apalah nak jadi dunia sekarang ni.. Kes bunuhlah, rompaklah, rasuah dan macam-macam. Sekarang ni, kes culik pulak dah.."

Khairi mengangkat kening.

"Kes culik, ustaz? Ada geng ke?"

"Pihak polis memburu geng singa hitam yang melakukan penculikan wanita dan kanak-kanak di kawasan Petaling Jaya.."

Ustaz Nazri membaca keratan akhbar tersebut.

"Sejak bila pula singa ada kaler hitam ni.."

Majdi ketawa.

"Ha.. Sister kena jaga diri elok-elok lah.."

Dia sambung mengusik.

Sister mencebik.

"Tak apa, siapa berani kacau sister.. Saya karate dia sampai patah tengkuk.."

Falaha mengomel.

Semua ketawa.

****

Khairi memandu laju. Memotong kereta di kanan dan kiri seperti dalam cerita Initial D.

"Khairi! Perlahan sikit!.."

Amalina memegang pemegang di bahagian atas tingkap kereta, mengawal badannya yang ke kanan kiri terhinjut oleh kelajuan kereta.

Ahda berada di tepinya hanya tersenyum.

"Alah, bukan selalu Kak Amal.. Jangan risau, ana terer bawak kereta ni..."

Amal mencebik.

"Apakah?"

Ayat trademark nya seperti selalu. Khairi dan Ahda hanya ketawa.

Mereka keluar bertiga dan Khairi menjadi pemandu. Membeli barang-barang yang masih tidak cukup untuk AGD. Ahli yang lain masih berusaha menghabiskan kerja-kerja yang berbaki.

Dan mereka sebagai ahli special task, mengambil keputusan untuk keluar ke Mid Valley bagi membeli barangan tersebut. Walau Amalina masih lagi sakit kaki akibat latihan bola jaringnya tempoh hari. Namun dengan semangat yang membara. Dia bertegas juga untuk berjalan keluar.

AGD, kami mesti meninggalkan kenangan yang amat manis buatmu!

"Ekkkk!"

Khairi berhenti megejut di hadapan kedai cenderamata Memory Lane. Di luar deretan kedai yang pelbagai, berhampiran bangunan besar Mid Valley. Meletakkan kereta di luar petak kuning di belakang deretan kereta, kerana semua tempat sudah penuh.

"Kalau akak ada sakit jantung, habislah akak. Tau!"

Amalina mengomel.

"Hehe. Sorilah kak. Jangan marah-marah. Saya keluar kejap je beli barang. Akak sakit kaki lagi kan? Akak jaga kereta ya.. Kak Ahda, ada listkan barang-barang yang nak dibeli? "

"Tak apa, akak tunjukkan.."

Ahda keluar. Menutup pintu kereta.

"Nanti kalau ada kereta nak keluar, akak call lah saya ya. Atau akak tolong ubahkan ke?"

"Ye... baik tuan..."

Amalina membuat sedikit lenggok pada ayatnya. Khairi ketawa lagi. Ahda hanya tersenyum.

Namun mereka tak menyedari, dari jauh, ada mata yang memerhati..

****

Khairi masuk cemas. Tangannya terketar-ketar. Wajahnya pucat lesi. Ahda hanya menangis tak henti-henti.

"Khairi, kenapa ni?"

Syafiq mendapatkan Khairi laju.

"Kak Amal.. Kak Amal..."

Khairi bercakap tergagap-gagap.

"Cakap cepat! Kenapa ni Khairi?!"

Syafiq menggoncang bahu Khairi.

"Kak Amal kena culik!.."

Semua terdiam. Dan tangisan Ahda semakin lebat.

****

bersambung...

4 comments:

Anonymous said...

haih...
saspen je....

Anonymous said...

cepat tak sabr nk thu smbungannye...

Anonymous said...

ape plk yg terjadi pd k.amal??
suspen2..

Anonymous said...

teaser semate2 : Kak Amal rupa2nya dah ada kat balai polis. Lodge report. Dia berjaya mengalahkan penculik2 tak guna itu. Ish2. Apa nak jadi anak2 sekarang? Tak culik, bunuh. Tak bunuh, rogol. Apa yg nak disampaikn ialah, "Hebat Kak Amal ni even kaki dia sakit." Hehehe.
p/s:maaflah ye tuan punya blog. saje suke suki :)