Followers

Tuesday, October 5, 2010

Kuantan

~Berlari laju-laju menuju Kuantan, tengok sapa sampai dulu~
~Walking On Sunshine by ~Mac-666 of DevianArt~

****

"Kuantan.."

"Apa tu? Sejenis kuih ke?"

Tak kan tak pernah dengar.

"Erk, tempat la.. Yang ada Teluk Cempedak tu.."

Nak kena explain satu-satu pulak.

"Owh, buah cempedak rupanya..."

Sah, kepala terputus fius!

****

"Kenapa dia tidur tangan terpusing-pusing tu?"

Melihat pelik si sahabat yang terpusing tangan ke kanan kiri.

"Mimpi tengah bawa bas tu..."

Meneka.

"Apa kes bas masuk dalam mimpi?"

"Vroommmm!"

Membuat bunyi bas.

"Parah ni, sampai dah berbunyi-bunyi mengigaunya.." Menepuk dahi.

Tersengih.

"Ni mesti sebab tak dapat pergi Kuantan ni.."

"Kenapa?"

"Bas ada, drebar tak ada.. tu tengah bawa bas pi kuantan la tu.."

Pecah ketawa.

****

Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan.Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan.Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan.Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan. Kuantan.

"Woi! Kalau ko tulis sampai esok pagi pun perkataan tu, bukan nak sampai Kuantan pun.. Tidur lagi best.."

Terus menekup muka dengan bantal.

Kuantan.. Kuanta.. Kuan........

****

Waaaa!!!

Sunday, October 3, 2010

Conteng

~Beach by ~thomaspics~
~Tak sabarnya~

****

"Datanglah Kuantan."

"Erm.. Apa yang best?"

"Ada.. Teluk Cempedak?"

"Kat sini pun ada.."

"Ada jugak?"

Angguk, kemudian tersengih.

"Tapi cempedak je lah.."

Ketawa.

****

"Nanti saya datang Kuantan. Bagi semangat sikit.."

"Semangat apa?"

"Semangat study.. Makin teruk sekarang.. Semangat dakwah.. Semangat hidup.. Segala-galanya lah.. Ok?"

Tersenyum.

"Ok.."

"Dekat mana?"

Menjeling.

"Pantai?"

****

"Rindu zaman dulu-dulu.."

"Zaman yang mana satu?"

"Zaman waktu masuk meeting.."

"Huh, masuk meeting pun seronok ke?"

Senyum.

"Ye lah, bila letih-letih.. Have prob.. Bila jumpa korang, terus hilang.."

"Ceh, ye la tu.."

"Korang kan ibarat air yang mencurah di hati..."

"Kalau ayat, berbunga-bunga.."

Ketawa.

Diam, tersenyum.

"Tapi itulah korang.. Sentiasa menenangkan."

"Serius?"

Angguk.

"Ikhlas."

****

Menulis sambil menunggu kelas. Menconteng yang ntah terhapa-hapa. Tak sabar untuk ke Kuantan. Sedang berlari menuju ke sana..

Saturday, September 11, 2010

8: The legend of VP2 FRC: Fatehah!

~The legend is still legend forever..~
White flower III by *sa-cool of DeviantArt

****

Meeting hari ni di bilik bawah tanah. Semua ahli FRC berkumpul di meja bulat yang sememangnya bujur.

Fatehah menconteng-conteng kertas nota yang dibawanya. Berpura-pura kononnya mencatit semua isi meeting. Tersenyum seorang diri melihat sahabat-sahabatnya yang bersemangat.

Entah apa yang dibincangkan.

Brother Izdihar mengetuai mesyuarat. Membawa bicara dari agenda perubahan yang nak dibawa dalam FRC, struktur sistem yang nak dirombak, sehinggalah..

Ke sesi pemilihan jawatan..

Fatehah terasa bosan, terus melukis gambar teddy bear di atas kertasnya. Membiarkan mesyuarat berjalan.

"Baiklah, kita akan terus ke jawatan mainboard.."

Teddy bear itu ditambah bunga di telinga.

"Jawatan seterusnya.. Vice presiden 2.."

Dibuatnya teddy tersebut bermain percussion.

"Saya mencadangkan, kita lantik Fatehah.."

Dan teddy bear itu bermain dengan riangnya..

"Ha?!" Fatehah berpaling sambil ternganga.

Huh! Gila ke apa letak aku jadi vice presiden? Dah tak ada makhluk lain ke kat UIA ni yang wujud? Memang buat lawak sungguh.

"Wait.. wait.. hold on.."

Fatehah cuba menenangkan keadaan. Menenangkan diri dia sebetulnya.

"Apa kata kita tengok balik jawatan-jawatan tadi.."

Jawatan lain semua sudah di isi.

"Tak apa, kami yakin Teha boleh buat..kan Teha?"

Falaha meyakinkan. Mengangkat kedua belah keningnya.

"Lagipun, kan Teha yang paaaling layak sekali."

Falaha tersenyum, tersengih. Yang lain mengangguk-angguk ceria.

Isk, bleh pulak Falaha cakap macam tu. Mati akal betul nak jawab. Haish, yang lain pulak sokong je.

"Err, insyaAllah.. "

Fatehah cuba mengukir senyum.

Meeting tamat. Jawatankuasa berjaya ditubuhkan.

Dan dia kini adalah Vice President 2!

Rileks, rileks Fatehah.. Senang je pun. Ala, macam jadi Assistant Programme Manager time LeadTrain dulu la. Kan?

Tarik nafas, lepas. Tarik nafas. Cool..

Everything gonna be fine Teha..

InsyaAllah..

****

Fatehah membelek-belek buku John C Maxwell. Buku 25 qualities of leadership itu sudah hampir separuh dibacanya.

Dia tersenyum, bersemangat menuju ke tempat meeting.

Membuka pintu. Masuk.

Semua sudah sedia ada. Ramai.

Tak sempat nak duduk.

"Fatehah, tolong konduk meeting ya?"

Erk, tiba-tiba rasa nak demam.

"Patutnya Presiden lah kena konduk meeting.."

"Ana tak ada suara.."

Huh. Tu cakap ada suara.

"Majdi?"

"Err.. ana tiba-tiba rasa tak sihat.."

Tiba-tiba rasa tak sihat? Nak pekena aku lah tu.

Fatehah berdiri di hadapan. Diam. Apa nak kena buat ni? Tiba-tiba dia rasak macam nak kena interview pulak kat depan tu. Semua jadi blur.

"Err, kita nak buat apa dulu ya...? Kita start dengan tentatif ya.."

Fatehah mengambil marker teragak-agak.

"Err, kita start dengan pembentangan agenda meeting dan organisasi dulu kot.." Majdi menjawab perlahan.

"Dan yang lebih utama.." Majdi menyambung.

"Erm?"

"Err, Kita buka meeting kita dulu kot.."

Fatehah menepuk dahi.

****

Cahaya cerah lampu memenuhi setiap ufuk dewan tersebut. Meraikan kehadiran manusia yang ramai sebagai tetamu.

McLead.

Hari ni ada Mclead. Tempat semua orang-orang hebat berkumpul. Fatehah kelihatan gembira.
Bukan senang nak jumpa ramai orang ni.

Sekarang, dia duduk di meja bulat merah. Menunggu sebuah ceramah yang akan di sampaikan.

Talk on :Attitude and Discipline of Leaders given by Kolonel Afandi.

Dia teringat apa yang berlaku dalam bas tadi:

Fatehah duduk sebelah Masitah, Vice President MEDCY. Tapi dekat2 situ ade Kak Syera dan Shaz. Dalam perjalanan, serius boring. Cuba nak dengar radio, tapi tak dapat coverage. Dia belek2 file FRC. Terfikir juga, apa yg dia nak time McLead ni ye? Hmm...Fatehah tanya Kak Syera. Kebetulan time tu Kak Syera tgah belek2 file PRESSS. Dia pun ape lagi, amik kesempatan la..

"Akak, nak tengok file tu bleh?"

Naseb baik Kak Syera bagi. Takut la file tu rahsia sulit kerajaan ke ape. Belek2, nampak la ada almanac kosong, pastu Kak Syera tulis program2 yg dirancang oleh PRESSS. Serius, tak paham.

"Owh, rupanya kena buat mcmni la ea?"

"Ha'ah, supaya nanti bleh kita masukkan program kita dalam calendar FSCC. Nak memastikan supaya takde program yg bertindih..."

Kak Syeera menjawab sambil tersenyum.

Alamak. Memang kena buat macamtu ea? Aku tak buat macam tu lagi. Macamana ni?

"Eh, korang tak buat lagi ke mcmni?"

"Belum."

Fatehah geleng. Buat muka selamba tak bersalah. Kak Syera cuma tersenyum. Risau.

Fatehah mengambil pen, cuba nak tiru Kak Syera, buat banda yg sama. Bukak kalendar 2009, kemudian main letak je sesuka-suki program ni kat sini, program ni kat situ...bla, bla, bla..considering tarikh cuti, tarikh midsem etc.etc. Dia buat sumenye sorang2 time dalam bas tu.

Suka-suki ikut sedap ati. Sesedap roti. Haha. Patutnya nanti kene bincang and rombak balik pun sume yg aku buat dulu tu. Takpe. Sekurang-kurangnya dah ada la rough idea on how that thing is done.

Tapi, err.. memang sepatutnya vice presiden kena buat macamtu ke?

Kak Syeera je kot yang rajin terlebih.

Fatehah termangu.

"Assalamu'alaikum.."

Fatehah tersedar dari lamunannya.

Kolonel Afandi sudah memegang mike. Memulakan bicara.

Isi-isi perbincangan dibawa tentang ciri-ciri seorang pemimpin. Fatehah mendengar tekun. Meneliti satu persatu ciri-ciri yang ada.

"Isk, bila nak sampai ciri-ciri yang aku ada ni? Semua tak ada lagi setakat ni.."

Hue.. Fatehah mengomel sendiri dalam hati.

Membuka botol minuman. Minum. Sedang asyik menunggu, tiba-tiba Kolonel tu kata,

"If you don't have these qualities,baek awak hntar surat letak jwatan cepat2."

Erk? Fatehah hampir tersedak.

Fatehah tersenyum. Sayu rasa hatinya. Memegang tangan Wan perlahan.

Wan atikah berpaling, terasa sejuk tangan sahabatnya seorang tu.

"Wan, aku nak letak jawatan.."

****

"Fatehah, untuk jadi pemimpin ni kita kena bersifat matang sikit.."

Teguran itu perlahan menusuk. Fatehah jadi benar-benar down. Wajahnya agak mendung, dan dia jelas kurang bercakap berbanding mula-mula sampai di Mc Lead semalam.

Tiba-tiba, dia rasa kerdil di tengah-tangah orang yang dia rasakan hebat.

Lemah, tak berdaya.

"Syafiq, Teha kata dia na letak jawatan, dia rasa lemah sangat."

"Ye?"

Syafiq terkejut.

"Erm." Wan mengangguk perlahan.

Sebentar, Syafiq mengambil handphone. Laju menaip message.

"Diminta semua ahli FRC bagi message motivasi kat Fatehah, kita supoort dia ramai-ramai.. Segera! 4ward FRC a.s.ap"

****

"Eh, itu ke Vice presiden FRC tu?"

Kelihatan 2 orang sister berjalan. Berbisik-bisik sesama sendiri. Bisikan yang kuat. Masih mampu didengari.

"Yup, dia lah Vice Presiden FRC tu.."

"Owh, patutnya bagilah budak DQ yang jadi.."

Berselisih dengan Fatehah. Mereka menjeling Fatehah sepintas. Diam sekejap.

"Err.. aku nampak dia macam rock je.. Tak macam berkepimpinan pun.."

Fatehah hanya diam.

"Syuhh.. cakap slow sikit.. dia dengar nanti.."

Mereka berjalan laju sedikit.

Fatehah menarik nafas dalam-dalam. Cuba menyeka rasa perasaan yang semakin bergolak. Dia memberhentikan langkah. Betul-betul di hadapan library. Menghadap ke hadapan yang menampakkan uia yang luas.

Menarik nafas. Menghembus. Menarik lagi. Terasa ada sendu menyerbu dalam dada.

Perlahan, terasa air mata mengalir. Turun membasahi pipi.

Langit jadi suram.

Teruk sangatkah aku? Ya, memang aku tak layak kan. Alu tak ada kepimpinan. Kenapa aku tak tolak dari dulu lagi?

Air mata mengalir lebih laju.

Hujan turun rintis-rintis. Terasa seperti langit memahami.

Walau sudah dicuba agar hati tabah, setabah mungkin. Namun kali ini, semua beban terasa begitu menghimpit perasaan.

Fatehah melayan perasaan dengan tangisan.

"Fatehah.."

Terasa ada yang menggosok belakang. Menenangkan.

Fatehah menoleh.

"Kak dayah.."

Hidayatul tersenyum.

"Kenapa dengan adik kakak ni?.."

Fatehah diam. Kembali memalingkan wajah ke hadapan. Air mata terasa ingin mengalir lagi.

"Dulu, saya ingat.. saya mampu.. Saya mampu nak tolong Frc ni.. "

Percikan hujan menampar pipi.

"Tapi rupanya saya memang tak mampu, saya tak layak.. Saya bukan alim macam akak.. macam budak dq lain.. tengoklah saya cakap.. kasar kan kak? Menyanyi lah kadang-kadang.. macam otai pulak.."

Fatehah cuba tersenyum. Sepi.

"Dan memang saya faham, saya memang tak layak.. Saya tak ada bakat kepimpinan macam vice presiden yang lain.. kesian kat Frc.."

Hidayatul hanya membiarkan. Mendengar segala luahan.

Fatehah menarik nafas.

"Tapi saya dah cuba sedaya upaya kak.. Syad ah cuba jadi yang terbaik.."

Sebak terasa kembali menguasai. Fatehah menangis lagi.

Diam.

Hidayatul meletakkan tangan di tembok. Memandang jauh ke hadapan, kemudian tersenyum. Betul-betul di sebelah Fatehah.

"Teha tau tak, akak rasa akaklah orang yang paling beruntung sekali dapat masuk Frc.."

"Erm?"

"Sebab akak dapat jumpa dan kenal Teha.."

Hidayatul tersenyum.

"Teha seorang yang kuat berusaha, tak mudah mengalah.. dan kadang-kala akak pun rasa akak tak dapat jadi macam Teha.."

Tangan Fatehah digenggam.

"Akak.."

"Teha dah buat yang terbaik, dan setiap apa yang Teha buat.. Allah pasti balas. Kan Allah maha penyayang?"

Hidayatul tersenyum lebih manis.

"Belajar dan terus belajar Teha.. Kita tak pernah dapat jadi sempurna. tapi kita terus berusaha.. Kan Teha? Dan Allah yang akan menilai kita.."

Fatehah berpaling.

"Jadilah diri Teha yang sebenar, Teha sudah yang menjadi yang terbaik bagi kami, Teha.."

Hidyatul memberikan senyuman paling manis.

"Dan kami akan terus support Teha sampai bila-bila.."

Fatehah mengalirkan air mata.

"Akaakk.."

Dia terus memeluk sahabatnya itu. Hanyut dalam belaian lembut ukhuwwah dan kasih sayang yang dihulurkan kakak kesayangannya itu.

Tenang.

****

Ini akhirnya.

Hari ini hari anugerah. Anugerah kokurikulum untuk mereka-mereka yang hebat dalam bersociety.

Fatehah menapak masuk ke dalam dewan. AMF yang berlantaikan coklat itu nampak hening. Sehening hati Fatehah sekarang. Walau ruang legar itu telah dihias dengan semeriahnya.

Tak sangka sudah sampai ke masa ni kan? Hari yang senyuman kita akan terpisah. Akhirnya segala keletihan sudah tamat. Walau hati terlalu berat untuk meninggalkan.

Fatehah menghembus nafas. Kemudian tersenyum, menggeleng kepala sendiri.

Dia mengambil tempat. Duduk di atas kerusi plastik yang disusun kemas. Berada di tengah-tengah pelajar yang ramai. Tidak banyak bersuara seperti hari-hari sebelumnya.

Seorang demi seorang yang menerima anugerah naik ke atas pentas. Mewakili kelab dan persatuan masing-masing.

Ada yang menerima anugerah Program terbaik. Ada yang menerima anugerah yang paling well managed.

Yang paling popular, tentulah jatuh kepada MRC.

"Teha ok ke? Diam je.."

Falaha mengambil berat.

"Tak pe, ok je.. jangan risau ya.."

Fatehah cuba tersenyum.

Suasana jadi meriah dalam dewan dengan tepukan dan bisikan suara yang meraikan.

"Forgive me, my friends. Tak dapat jadi yang terbaik untuk korang. Tak dapat membanggakan FRC pun.."

Fatehah membisik di dalam hati.

MC membawa majlis dengan baik sekali. Gabungan MC sister dan brother pada malam itu nampak kemas dalam corak batiknya.

Sekarang sudah tiba kepada anugerah-anugerah utama.

Wajah Mc kelihatan ceria.

"And now, we will go to the best Vice Presiden Award.."

Dewan jadi diam. Memberi ruang kepada MC.

"Nampaknya tak sabar sudah hadirin semua.."

Mc lelaki memulakan.

"Baik, kita mulakan.."

Mc perempuan menyambut.

Hening sebentar.

"Berasal dari Kuantan Pahang.."

Dewan jadi hingar dengan bisikan. Semua sedang cuba meneka siapa

"Pelajar yang mendapat sijil dekan ini aktif sekali dalam bersociety tanpa mengabaikan pelajarannya. Juga melibatkan diri dalam nasyid.."

" Dia juga menjalankan amanah dengan cermat sekali.. Berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam memastikan kebajikan ahlinya terjaga. Dan berjaya menaikkan nama persatuannya.."

"Erm?"

"Dan pelajar contoh ini ialah.."

"The best Vice President ever for this year.. The award comes to..."

Music drum dimainkan. Berdebar.

"FATEHAH BINTI LOTPI!"

Fatehah terpana.

Mc tersenyum.

"Ya, Vice president of FRC.."

Semua memberi tepukan. Gemuruh. Amat gemuruh.

"Sila ke naik ke pentas, Fatehah.." Mc menjemput sambil tersenyum.

"Teha! Teha menang!.."

Falaha di sebelah memeluk sahabatnya. Erat.

Air mata Fatehah mengalir. Masih tidak percaya.

Ya Allah, inikah anugerah yang telah Kau janjikan?

"Pergilah Teha, Teha dah berusaha bersungguh.. Ambil lah, ini kejayaan Teha.."

Yantie tersenyum. Menggenggam erat tangan Fatehah.

Fatehah bangun. Mengesat air mata yang semakin mengalir.

Dan semua bertepuk. Memberikan tepukan yang paling gemuruh.

"Inilah janji kita, bersama, zahirkan mimpi jadi nyata.."

Lagu Mirwana, Janji kita dimainkan. .

"Hari anugerah indah, ceria tersulam mesra. Istimewa bermakna.."

Mengiri setiap langkah Fatehah.

"Irama kejayaan. Kini kita nyanyikan bersama kesyukuran."

Setiap mata memandang. Tersenyum.

"Bila kejayaan sudah digenggaman...Tunaikan azammu zahirkan impian.."

Fatehah, inilah balasan usahamu selama ini.

"Warnailah ikrarmu yang kau lafazkan, Kotakan cita perjuangan"

Terus berjalan menuju pentas. Teringat saat kali pertama masuk ke FRC.

"Detik silam menduga, Mencorak suka duka. Menguji semangat jiwa."

Terbayang setiap wajah sahabatnya dalam FRC. Yang sentiasa mmberikan sokongan. Yang senantiasa di sisi.

"Cita-cita terbina. Mengukuhkan setia. Tabah menjejak bahagia..."

Suka duka bersama. Lagu Janji Kita terus mengiringi.

Fatehah sampai ke atas pentas. Tersenyum, memegang anugerah.

"Inilah masanya...buktikan segala...."

Fatehah!

;)

****

Terima kasih Fatehah atas segala usaha. Segala penat lelah akan dibalas Allah. InsyaAllah, di syurga yang lebih kekal nikmatnya.

Kami senantiasa menyokong.

Dan Fatehah adalah Vp2 FRC terbaik yang pernah kami ada.

Anugerah itu di hati.

-Menulis sambil mendengar lagu Mirwana-Janji kita :)

Pengumuman!

Assalamu'alaikum semua ;)

Apa khabar? Selamat hari raya. Maaf zahir batin. Nak duit raya, kena datang rumah. Hehe.

Juz a simple an short announcement.

Sesiapa yang ingin tulis sesuatu. Ingin berkarya. Bersajak. Meluah dan mencurahkan perasaan. And everything yang nak disampaikan untuk FRC. Dan nak diletakkan dalam blog ni, bleh inform ana k? ;)

Tiba-tiba rasa nak tulis sesuatu ke. Amat-amat digalakkan.

This is our 'Cerita Kita' blog.

Kalau nak dirahsiakan siapa penulis pun boleh.

Message ana dan bagitahu. Nanti ana masukkan dalam blog.

Kalau nak tulis bukan pasal FRC pun tak pe :)

Take care.

Love is the key.

Trust is the master key.

May Allah bless.

Wslm :)

Tuesday, August 31, 2010

...

~Biarkan aku seorang yang mengingati..~
memory by ~vanilla-tapes of DeviantArt

****

Merindui seorang diri,

Perasan.

Menyukai dan mengingati,

Hanya sendiri tercari-cari.

Ingin menulis,

Hati menarik kembali.

Apa yang kamu terhegeh-hegehkan?

Sungguh, amat memalukan.

Lalu di mana rasa ini perlu ku letak?

Di bahuku yang terasa ringan?

Atau, di telingaku yang pasti akan senantiasa mendengar?

Mahupun di jiwaku yang selalu ku tahan?

Di mana?

Teringat..

Wahai, kamu tidak pun di ingati.

Ingin kembali..

Kamu tidak lagi dikenali.

Pulanglah.

Tangis tawamu tidak lagi dipandang.

Cukuplah simpankannya di dalam hati.

Letakkan sebagai memori.

Walaupun dengannya,

Kamu hanya akan tersenyum sendiri..

Tuesday, August 17, 2010

Special Episode

Food 5 by ~AmerGe of DeviantArt

****

Hidayatul Hafidzah menyenduk nasi.

"Yaumil, tuang perlahan kuah kari tu.. nanti tumpah."

Yaumil mencebik.

Afifah ketawa. Membantu sahabatnya itu.

Suara Syafiq menjadi imam kedengaran perlahan. Sengaja menambah yang sunat. Sedap suaranya.

Majdi mengaminkan, menyambut.

"Comel kucing ni.."

Zunno di luar rumah bermain dengan si putih.

Burhanuddin hanya tersengih melihat.

"Seronok dapat ifthor rumah ustaz kan?"

Amalina mengomel.

"Seronok lah sebab akak dapat makan banyak.."

Khairi menjawab mengenakan.

Madihah tersenyum.

"Tak baik betul lah kamu ni Khairi..."

Falaha menasihati sambil ketawa.

Anak-anak Ustaz Nazri bermain berlari di luar. Bergembira di laman.

"Jangan gaduh-gaduh, makanan dah siap.. Jom makan.."

Isdiyantie menatang dulang. Menenangkan keadaan.

Khadijah mengikuti, membawa jag air. Sejuk.

Syafiq dan Majdi telah selesai. T.v terpasang. Lagu raya berkumandang. Suasana jadi meriah.

"Kak Nazihah mana?"

"Kat sini.."

Nazihah tersenyum. Usai membasuh cawan.

Hidangan disiapkan. Pelbagai aneka.

"Ha? Bila kita boleh makan?"

Majdi tiba-tiba menerpa.

"Haish, makan je kerja cik Majdi ni.. Bukan nak tolong pun.."

Afeefah memotong.

"Ntah, kalau nak kena masak sendiri la.."

Ahda menambah.

Majdi mencebik. Yang lain ketawa.

Semua duduk mengambil tempat. Di luar, lampu lip lap terpasang. Menambah rasa yang sedia ada.

"Tak cukup seorang.."

Fatehah mengingatkan.

"Siapa?"

Syafiq jadi pelik.

"Assalamu'alaikum! Tak ingat abang ya?"

Satu suara mesra menerpa.

"Abang Rizal!"

Semua berkalih, terus terpancar wajah ceria.

"Kita mula.."

Ustaz Nazri tersenyum, menadah tangan.

Dan suasana hari itu meriah. Meriah amat. Meriah seperti sebuah keluarga besar yang telah lama bersama.

Sebuah keluarga yang bernama..

FRC.

****

Sunday, August 1, 2010

7: Hilang!: When the hero comes.

Picture by `kuschelirmel of DeviantArt

****

Peluh dingin Syafiq mengalir. Muncung pistol itu benar-benar dihalakan ke kepalanya. Hanya 1 meter untuk peluru itu menembusi isi otaknya jika dilepaskan.

Jagun berwajah bengis. Dia benar-benar serius. Budak-budak ini perlu dihapuskan!

"Matilah!"

"Bamm!!"

Tiba-tiba pintu yang berada di sebelah kiri Jagun pecah. Jagun tersungkur .

Muncul seorang yang tinggi berpakaian serba hitam. Wajahnya terlindung di sebalik helmet hitam SHOIE. Berjalan masuk perlahan ke dalam bilik, mendekati Jagun.

Jagun bangun, pantas mengambil pistol yang terlepas dari genggamannya tadi.

Namun lelaki misteri itu lebih pantas bertindak. Dia terus menendang tangan Jagun.

Pistol terlepas.

Peluang! Lelaki misteri itu terus memberikan tumbukan padu ke perut Jagun.

Jagun tertunduk. Tumbukan kedua pula diberikan. Menuju laju ke muka Jagun.

"Tum!"

Wajah jagun tersembam menyembah lantai. Diam, tak bergerak.

Syafiq mengucapkan syukur berkali-kali. Nyawanya masih selamat kali ni. Majdi dan Khairi terpana.

Lelaki misteri itu menoleh ke arah mereka . Berdiri tegak. Segak dalam jaket kulit dan sarung tangan hitamnya.

Siapa lelaki misteri ni? Baik ke jahat?

Lelaki misteri itu berjalan mendekati mereka. Membuka helmet yang menutupi wajah. Perlahan..

"Ustaz Nazri!!"

Amalina menjerit. Majdi seakan tak percaya.

Ustaz Nazri tersengih.

"Kita keluar dari sini cepat. Sebelum rakan diorang yang lain sampai!"

Ustaz Nazri mengeluarkan arahan.

"Ya, jom cepat!"

****

Mereka berlari, secepat yang mungkin. Dalam masa yang sama Majdi menjaga Amal yang masih terhincut-hincut. Risau sahabatnya itu jatuh tersungkur. Ustaz Nazri berada di hadapan.

Melindungi sahabat-sahabat FRC yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri.

Mereka keluar dari bilik kurungan. Menuju keluar ke pintu utama. Cahaya dari luar sudah kelihatan. Sedikit lagi untuk keluar dari rumah tersebut.

Wajah Amal gembira. Ya Allah, aku dapat keluar dari semua ini..

5 meter lagi untuk sampai ke pintu. 4 meter lagi..

Tiba-tiba, cahaya dari pintu itu menjadi gelap. Seakan ada sesuatu yang menghalang di hadapannya. Sesusuk tubuh kelihatan berada betul-betul di hadapan pintu. Menutupi ruang yang ada.

"Matilah!!!!!"

Black mengangkat pistolnya. Ustaz Nazri terpana. Jarak mereka hanya sekadar beberapa meter.

Semua terkejut. Masa seakan berjalan amat perlahan. Picu terus dipetik.

"UstaaAazzZZZz!!"

"Bamm!! Bamm!! Bamm!!"

Peluru dilepaskan. Laju. Laju menembusi kepala.

Darah memercik.

Mengalir perlahan ke lantai. Jaket Ustaz Nazri dibasahi darah.

"UstaaAazzZZZz!!"

Amalina menjerit lebih kuat. Menangis.

Black tertiarap di lantai. Darah memenuhi kepala. Lantai menjadi merah.

Ustaz Nazri melihat-lihat dirinya. Terkejut dengan darah Black yang memercik membasahi jaketnya.

"Angkat tangan!"

Polis menyerbu masuk.

Memastikan keadaan selamat dan membawa mereka keluar perlahan-lahan.

Dan di luar, berdekatan kereta polis, kelihatan Zunno dan sister-sister FRC yang lain. Menangis berlari mendapatkan sahabat mereka yang amat dicintai.

****

Hari ini, Agd.

Malam hari ini terasa lembut. Hening menyelimuti. Lampu-lampu perang menerangi Masjid Ghufran. Syahdu.

Sudah sampai saat ini kan? Dari dulu di meja meeting pertama, bekerja, ketawa, menangis, ketawa lagi, bersama-sama dalam segalanya, dan sampai ke Agd hari ini.. Ke waktu ini.

Waktu yang mungkin untuk yang terakhir kalinya.

Majdi menapak menuruni bas. Melihat restoran yang tinggi di atas bukit. Malam itu benar-benar perang.

Berjalan perlahan-lahan, memasuki tempat yang akan sentiasa diingati.

"Majdi!"

Ahli FRC memandang. Majdi tersenyum.

Tema hari ini merah. Bilik itu benar-benar kelihatan cantik. Hiasan meja, bunga, dan segalanya. Merah. Kadang-kadang, terasa seakan bilik pengantin pula.

Majdi duduk. Meja bulat yang terhias amat cantik. Gumpalan-gumpalan kain itu dibentuk menjadi satu corak yang amat menarik. Lilin pula menemani meliang-liukkan rasa di hati.

Senyum.

"Makan?"

Falaha menjemput.

Tenang.

"Tidurlah sayang.. dodoikan bersama zikir mendamaikan.. Bangunmu esok, menjadi pejuang, mujahid sepanjang zaman.."

Kumpulan Saljuk mendendangkan. Alur-alur irama terasa mengalir perlahan di telinga.

Slide ditayangkan. Gambar FRC diposter dikosongkan. Bemakna.. Ya, perjuangan kami di sini sudah tamat. Hari-hari bekerja sebelum ini mungkin sudah berakhir.

Namun, keluarga ini tak pernah berakhir. Kan?

Moga-moga penyambung selepas ini terus hebat membawa Islam.

"FRC, jom tangkap gambar!"

Presiden mengajak.

"Jom, kita tangkap gambar dengan orang yang kena culik. Haha."

Majdi menyambut.

"Apakah?"

Amal mencebik. Semua ketawa.

Kamera tersedia.

"One click for the moment, and one moment for forever.."

Senyum.

"Satu.. dua... tiga..!"


****

"Syafiq, macamna hari tu? Amalina sihat tak ada apa-apa?"

Brother Izdihar bertanya.

"Alhamdulillah, dia boleh cakap banyak tu sihat je lah kot.." Syafiq ketawa.

Amal hanya menjeling.

"Jangan risau ustaz, kalau ada apa-apa, hero kan ada?"

Majdi menyambung, tersengih sendiri.

Berita kes penculikan tempoh hari menarik perhatian media. Kumpulan Singa Hitam berjaya ditumpaskan. Namun, dalang di atasnya masih belum berjaya diberkas polis.

"Baguslah.."

Brother Izdihar tersenyum.

"Jaga diri korang elok-elok ya.."

Penuh makna. Kemudian dia memegang handphone, menghantar Sms kepada seseorang:

"Pastikan Projek kita selepas ni berjaya! Faham?! Aku tak mahu dengar apa-apa kegagalan lagi!.."

Terus berpura-pura tersenyum, sambil memerhatikan mangsa seterusnya..

****

Tamat.


P/s:

-Geram betul, macamna lah Fatehah boleh assume awal-awal penunggang motor tu Ustaz Nazri. huhu. ~

-Menulis sambil mendengar lagu "Di manakah abi".

-May Allah bless :)