Followers

Saturday, September 11, 2010

Pengumuman!

Assalamu'alaikum semua ;)

Apa khabar? Selamat hari raya. Maaf zahir batin. Nak duit raya, kena datang rumah. Hehe.

Juz a simple an short announcement.

Sesiapa yang ingin tulis sesuatu. Ingin berkarya. Bersajak. Meluah dan mencurahkan perasaan. And everything yang nak disampaikan untuk FRC. Dan nak diletakkan dalam blog ni, bleh inform ana k? ;)

Tiba-tiba rasa nak tulis sesuatu ke. Amat-amat digalakkan.

This is our 'Cerita Kita' blog.

Kalau nak dirahsiakan siapa penulis pun boleh.

Message ana dan bagitahu. Nanti ana masukkan dalam blog.

Kalau nak tulis bukan pasal FRC pun tak pe :)

Take care.

Love is the key.

Trust is the master key.

May Allah bless.

Wslm :)

Tuesday, August 31, 2010

...

~Biarkan aku seorang yang mengingati..~
memory by ~vanilla-tapes of DeviantArt

****

Merindui seorang diri,

Perasan.

Menyukai dan mengingati,

Hanya sendiri tercari-cari.

Ingin menulis,

Hati menarik kembali.

Apa yang kamu terhegeh-hegehkan?

Sungguh, amat memalukan.

Lalu di mana rasa ini perlu ku letak?

Di bahuku yang terasa ringan?

Atau, di telingaku yang pasti akan senantiasa mendengar?

Mahupun di jiwaku yang selalu ku tahan?

Di mana?

Teringat..

Wahai, kamu tidak pun di ingati.

Ingin kembali..

Kamu tidak lagi dikenali.

Pulanglah.

Tangis tawamu tidak lagi dipandang.

Cukuplah simpankannya di dalam hati.

Letakkan sebagai memori.

Walaupun dengannya,

Kamu hanya akan tersenyum sendiri..

Tuesday, August 17, 2010

Special Episode

Food 5 by ~AmerGe of DeviantArt

****

Hidayatul Hafidzah menyenduk nasi.

"Yaumil, tuang perlahan kuah kari tu.. nanti tumpah."

Yaumil mencebik.

Afifah ketawa. Membantu sahabatnya itu.

Suara Syafiq menjadi imam kedengaran perlahan. Sengaja menambah yang sunat. Sedap suaranya.

Majdi mengaminkan, menyambut.

"Comel kucing ni.."

Zunno di luar rumah bermain dengan si putih.

Burhanuddin hanya tersengih melihat.

"Seronok dapat ifthor rumah ustaz kan?"

Amalina mengomel.

"Seronok lah sebab akak dapat makan banyak.."

Khairi menjawab mengenakan.

Madihah tersenyum.

"Tak baik betul lah kamu ni Khairi..."

Falaha menasihati sambil ketawa.

Anak-anak Ustaz Nazri bermain berlari di luar. Bergembira di laman.

"Jangan gaduh-gaduh, makanan dah siap.. Jom makan.."

Isdiyantie menatang dulang. Menenangkan keadaan.

Khadijah mengikuti, membawa jag air. Sejuk.

Syafiq dan Majdi telah selesai. T.v terpasang. Lagu raya berkumandang. Suasana jadi meriah.

"Kak Nazihah mana?"

"Kat sini.."

Nazihah tersenyum. Usai membasuh cawan.

Hidangan disiapkan. Pelbagai aneka.

"Ha? Bila kita boleh makan?"

Majdi tiba-tiba menerpa.

"Haish, makan je kerja cik Majdi ni.. Bukan nak tolong pun.."

Afeefah memotong.

"Ntah, kalau nak kena masak sendiri la.."

Ahda menambah.

Majdi mencebik. Yang lain ketawa.

Semua duduk mengambil tempat. Di luar, lampu lip lap terpasang. Menambah rasa yang sedia ada.

"Tak cukup seorang.."

Fatehah mengingatkan.

"Siapa?"

Syafiq jadi pelik.

"Assalamu'alaikum! Tak ingat abang ya?"

Satu suara mesra menerpa.

"Abang Rizal!"

Semua berkalih, terus terpancar wajah ceria.

"Kita mula.."

Ustaz Nazri tersenyum, menadah tangan.

Dan suasana hari itu meriah. Meriah amat. Meriah seperti sebuah keluarga besar yang telah lama bersama.

Sebuah keluarga yang bernama..

FRC.

****

Sunday, August 1, 2010

7: Hilang!: When the hero comes.

Picture by `kuschelirmel of DeviantArt

****

Peluh dingin Syafiq mengalir. Muncung pistol itu benar-benar dihalakan ke kepalanya. Hanya 1 meter untuk peluru itu menembusi isi otaknya jika dilepaskan.

Jagun berwajah bengis. Dia benar-benar serius. Budak-budak ini perlu dihapuskan!

"Matilah!"

"Bamm!!"

Tiba-tiba pintu yang berada di sebelah kiri Jagun pecah. Jagun tersungkur .

Muncul seorang yang tinggi berpakaian serba hitam. Wajahnya terlindung di sebalik helmet hitam SHOIE. Berjalan masuk perlahan ke dalam bilik, mendekati Jagun.

Jagun bangun, pantas mengambil pistol yang terlepas dari genggamannya tadi.

Namun lelaki misteri itu lebih pantas bertindak. Dia terus menendang tangan Jagun.

Pistol terlepas.

Peluang! Lelaki misteri itu terus memberikan tumbukan padu ke perut Jagun.

Jagun tertunduk. Tumbukan kedua pula diberikan. Menuju laju ke muka Jagun.

"Tum!"

Wajah jagun tersembam menyembah lantai. Diam, tak bergerak.

Syafiq mengucapkan syukur berkali-kali. Nyawanya masih selamat kali ni. Majdi dan Khairi terpana.

Lelaki misteri itu menoleh ke arah mereka . Berdiri tegak. Segak dalam jaket kulit dan sarung tangan hitamnya.

Siapa lelaki misteri ni? Baik ke jahat?

Lelaki misteri itu berjalan mendekati mereka. Membuka helmet yang menutupi wajah. Perlahan..

"Ustaz Nazri!!"

Amalina menjerit. Majdi seakan tak percaya.

Ustaz Nazri tersengih.

"Kita keluar dari sini cepat. Sebelum rakan diorang yang lain sampai!"

Ustaz Nazri mengeluarkan arahan.

"Ya, jom cepat!"

****

Mereka berlari, secepat yang mungkin. Dalam masa yang sama Majdi menjaga Amal yang masih terhincut-hincut. Risau sahabatnya itu jatuh tersungkur. Ustaz Nazri berada di hadapan.

Melindungi sahabat-sahabat FRC yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri.

Mereka keluar dari bilik kurungan. Menuju keluar ke pintu utama. Cahaya dari luar sudah kelihatan. Sedikit lagi untuk keluar dari rumah tersebut.

Wajah Amal gembira. Ya Allah, aku dapat keluar dari semua ini..

5 meter lagi untuk sampai ke pintu. 4 meter lagi..

Tiba-tiba, cahaya dari pintu itu menjadi gelap. Seakan ada sesuatu yang menghalang di hadapannya. Sesusuk tubuh kelihatan berada betul-betul di hadapan pintu. Menutupi ruang yang ada.

"Matilah!!!!!"

Black mengangkat pistolnya. Ustaz Nazri terpana. Jarak mereka hanya sekadar beberapa meter.

Semua terkejut. Masa seakan berjalan amat perlahan. Picu terus dipetik.

"UstaaAazzZZZz!!"

"Bamm!! Bamm!! Bamm!!"

Peluru dilepaskan. Laju. Laju menembusi kepala.

Darah memercik.

Mengalir perlahan ke lantai. Jaket Ustaz Nazri dibasahi darah.

"UstaaAazzZZZz!!"

Amalina menjerit lebih kuat. Menangis.

Black tertiarap di lantai. Darah memenuhi kepala. Lantai menjadi merah.

Ustaz Nazri melihat-lihat dirinya. Terkejut dengan darah Black yang memercik membasahi jaketnya.

"Angkat tangan!"

Polis menyerbu masuk.

Memastikan keadaan selamat dan membawa mereka keluar perlahan-lahan.

Dan di luar, berdekatan kereta polis, kelihatan Zunno dan sister-sister FRC yang lain. Menangis berlari mendapatkan sahabat mereka yang amat dicintai.

****

Hari ini, Agd.

Malam hari ini terasa lembut. Hening menyelimuti. Lampu-lampu perang menerangi Masjid Ghufran. Syahdu.

Sudah sampai saat ini kan? Dari dulu di meja meeting pertama, bekerja, ketawa, menangis, ketawa lagi, bersama-sama dalam segalanya, dan sampai ke Agd hari ini.. Ke waktu ini.

Waktu yang mungkin untuk yang terakhir kalinya.

Majdi menapak menuruni bas. Melihat restoran yang tinggi di atas bukit. Malam itu benar-benar perang.

Berjalan perlahan-lahan, memasuki tempat yang akan sentiasa diingati.

"Majdi!"

Ahli FRC memandang. Majdi tersenyum.

Tema hari ini merah. Bilik itu benar-benar kelihatan cantik. Hiasan meja, bunga, dan segalanya. Merah. Kadang-kadang, terasa seakan bilik pengantin pula.

Majdi duduk. Meja bulat yang terhias amat cantik. Gumpalan-gumpalan kain itu dibentuk menjadi satu corak yang amat menarik. Lilin pula menemani meliang-liukkan rasa di hati.

Senyum.

"Makan?"

Falaha menjemput.

Tenang.

"Tidurlah sayang.. dodoikan bersama zikir mendamaikan.. Bangunmu esok, menjadi pejuang, mujahid sepanjang zaman.."

Kumpulan Saljuk mendendangkan. Alur-alur irama terasa mengalir perlahan di telinga.

Slide ditayangkan. Gambar FRC diposter dikosongkan. Bemakna.. Ya, perjuangan kami di sini sudah tamat. Hari-hari bekerja sebelum ini mungkin sudah berakhir.

Namun, keluarga ini tak pernah berakhir. Kan?

Moga-moga penyambung selepas ini terus hebat membawa Islam.

"FRC, jom tangkap gambar!"

Presiden mengajak.

"Jom, kita tangkap gambar dengan orang yang kena culik. Haha."

Majdi menyambut.

"Apakah?"

Amal mencebik. Semua ketawa.

Kamera tersedia.

"One click for the moment, and one moment for forever.."

Senyum.

"Satu.. dua... tiga..!"


****

"Syafiq, macamna hari tu? Amalina sihat tak ada apa-apa?"

Brother Izdihar bertanya.

"Alhamdulillah, dia boleh cakap banyak tu sihat je lah kot.." Syafiq ketawa.

Amal hanya menjeling.

"Jangan risau ustaz, kalau ada apa-apa, hero kan ada?"

Majdi menyambung, tersengih sendiri.

Berita kes penculikan tempoh hari menarik perhatian media. Kumpulan Singa Hitam berjaya ditumpaskan. Namun, dalang di atasnya masih belum berjaya diberkas polis.

"Baguslah.."

Brother Izdihar tersenyum.

"Jaga diri korang elok-elok ya.."

Penuh makna. Kemudian dia memegang handphone, menghantar Sms kepada seseorang:

"Pastikan Projek kita selepas ni berjaya! Faham?! Aku tak mahu dengar apa-apa kegagalan lagi!.."

Terus berpura-pura tersenyum, sambil memerhatikan mangsa seterusnya..

****

Tamat.


P/s:

-Geram betul, macamna lah Fatehah boleh assume awal-awal penunggang motor tu Ustaz Nazri. huhu. ~

-Menulis sambil mendengar lagu "Di manakah abi".

-May Allah bless :)

Saturday, July 24, 2010

6: Hilang 2

Picture by ~SnediX of DeviantArt

Tengah study, tapi mengantuk. (Cehs~ muka surat tak ubah-ubah dari tadi). Jadi, sambil mendengar lagu maher zain, terasa nak sambung tulis pulak. Risau peminat-peminat tertunggu-tunggu pula B-) cewah. Haha.

****

"Kita nak jual kat mana budak ni?"

Si pemilik parut itu tersengih. Menjeling ke belakang dalam kaca mata hitamnya. Mukanya benar-benar menggerunkan.

"Kat mana lagi, tempat biasalah.."

Jagun membalas.

"Thailand."

Dia menyambung sambil ketawa.

Berderau darah Amal mendengar. Tubuhnya sudah menggigil. Hatinya hanya menyebut-nyebut nama Allah. Amal menangis tak henti-henti. Terasa takut sangat. Sungguh kecut perut. Di jual di Thailand? Dia terbayang wajah-wajah keluarganya. Satu persatu.

Pergantungan hanya pada Allah. Tak putus-putus berdoa. Berharap dia dapat diselamatkan sementara mereka masih berada di Malaysia. Selagi ada masa.

"Haha. Bagus kau budak, kaya aku lepas ni.. Bila nak kita nak bergerak ke sempadan?" Jagun menyedut rokok. Asap berkepul-kepul.

"Kita tak boleh lambat, nanti polis cari.."

"Bila?"

Black tersengih.

"Malam ni?"

"Tak.."

" petang ni." Black tersengih lebih besar.

Mereka ketawa.

Dan muka Amal bertambah pucat.

Kereta hitam itu terus memecut laju..

****

"Kami nampak.. diorang tarik kak amal.. masuk dalam van.."

Khairi menyambung. Ayatnya masih putus-putus. Terketar-ketar.

Amal diculik? Akan dijual? Amalina Johari? Betulkah semua ni?

Semua jadi terdiam. Jadi gugup tak tahu apa yang perlu dibuat.

"Kita tak ada masa ni, dah call polis?!"

Tinggi suara Syafiq, tegas bercampur kalut. Cemas yang datang tiba-tiba bagai tsunami yang melanda.

Ahda menggeleng dalam tangisan.

"Syafiq, kita dah lambat. Kita kena cari dan kejar kereta tu.. Sebelum diorang gerak lebih jauh. Amal dalam bahaya!"

Majdi sudah berdiri di depan pintu. Risau yang teramat.

"Call polis sekarang! Zunno, tolong sister buat laporan. Khairi, tunjuk kalau ternampak kereta tadi yang sama.. Kita gerak sekarang."

Syafiq menapak laju menuju ke kereta.

****

"Pang!"

Amal ditampar. Keras.

"Berani kau melawan budak! Tak sayang nyawa ke?!"

Amal tersungkur di lantai. Dia meronta cuba melepaskan diri ketika dibawa ke satu bilik kurungan tadi. Amal mengelap darah yang mengalir di mulut. Terasa pedih.

"Sekali lagi kau buat apa-apa, jagalah!"

"Bam!"

Pintu bilik itu ditutup rapat. Gelap.

Amal menangis. Menangis semahu-mahunya. Dia benar-benar tak mahu kejadian ini berlaku.

Berat terasa ujian kali ini. Dia tak mahu dijual. Dia tak mahu masa hadapannya hancur. Dia masih sayangkan keluarganya. Dan dia masih mahu bersama-sama dengan rakan-rakannya dalam FRC.

"Brr..."

Amal tersentak. Tiba-tiba terasa ada benda yang bergetar. Dia meraba-raba poketnya. Handphone!

"Syafiq is calling..."

Alhamdulillah. Diorang terlupa ambil handphone aku ke? Amal mengulang-ulang syukur dalam hati.

Amal mengangkat perlahan.

"Amal! Kat mana sekarang ni?" Syafiq separuh menjerit.

"Tak tahu.. tak tahu.. Tolong Syafiq, tolong... ... " Amal menggeleng sambil menangis.

"Amal, bawa bertenang. Kami sedang usaha.. "

"Diorang nak jual petang ni.. tolong.. takut sangat.. tolong.."

"Ingat tak mana-mana tempat yang lalu tadi? Bunyi ke, ap....."

"Syafiq?! Syafiq?! Helo!"

Senyap.

Bateri habis. Amalina menangis lagi. Ya Allah..

****

"Kereta tu!"

Khairi laju menunjuk.

"Kereta tu yang ambil Kak Amal tadi!"

Majdi membrek. Menukar gear, dan terus membuat pusingan dalam kadar yang laju. Kereta kancil biru yang dipandunya dibawa perlahan mengikut Van kelabu yang Khairi tunjuk. Majdi cuba membawa dalam kadar yang selamat agar mereka tak disedari.

"Amal ada cakap yang diorang nak jual petang ni, kita tak boleh tunggu polis, kita kena bertindak dulu!"

"Jagalah!" Majdi melaung geram.

Dan semua di dalam kereta itu bertekad akan menyelamatkan Kak Amal walau apa yang berlaku.

Dalam masa yang sama, mereka tidak menyangka bahawa mereka juga sedang diikuti oleh seseorang,

Pemandu motorsikal berkuasa tinggi yang memakai serba hitam. Sedang memecut laju di belakang mereka..

****

Van besar itu masuk ke dalam sebuah denai kecil, yang kemudian membawa ke perkarangan sebuah rumah usang.

"Amal mesti ada dalam rumah tu..Macamna sekarang? Kita tunggu polis?"

"Tak boleh, memang tak sempat. Mungkin mereka akan bergerak sekarang. Dan kita akan hilang jejak Amal!"

Syafiq mengeluh, mengerutkan wajah memikir sedaya mampu.

Dari jauh, mereka dapat melihat dua orang kelihatan sedang berbincang di perkarangan rumah. Jagun dan Black. Mereka berjalan ke hulu ke hilir seakan juga sedang memikirkan sesuatu. Di tangannya jelas sedang memegang pistol.

Kemudian terdengar salah seorang menjerit.

"Korang berlima jaga budak ni baik-baik! Kami akan balik dalam masa 10 minit dan kita akan terus bergerak!"

Mereka terus meuju ke van dan beredar.

Majdi, Syafiq, dan Khairi kini merancang sesuatu.

"Baik, kita kena bertindak sekarang!"

****

Khairi meluru, menghasilkan satu tendangan berpusing. Melibas kepala seorang yang botak, terus menghempas dinding.

"Penceroboh!"

Seorang rakannya menjerit. Lelaki yang berbadan tegap itu menghayunkan kayu, laju. Khairi tenang, menarik langkah setapak. Dia menahan kayu tersebut dengan tangan kirinya, menghasilkan sedikit pusingan di urat kanan lawan, kemudian memberi tumbukan sulung yang pantas ke rusuk kiri.

Tersungkur, 2 sudah jatuh.3 orang yang berada di situ gegas datang bila tersedar. Menyerang bergerombolan.

"Jangan harap!"

Syafiq melanggar ketiga-tiga tadi serentak dengan badannya. Jatuh tergolek. Seorang terus bangun, cuba untuk melawan.

"Heh, kau tak kenal aku siapa ya?"

Syafiq menggumam, kemudian memberikan hentakan keras ke kepala si penjahat.

Seorang lagi pula cuba bangun, Syafiq terus menampar dengan tangannya. Kepalanya menjunam dan akhirnya bercumbu dengan lantai.

Syafiq terus beraksi. Mengembalikan keperwiraannya ketika sekolah dulu, ketika menjadi senior otai di waktu Form 5 dahulu.

Di satu sudut yang lain..

Majdi berdiri perlahan, tegak. Menghadap seorang yang kiranya sebagai penjaga pintu di situ.

"Kau siapa ha?! Nak mati ke?"

Lelaki yang berparut itu memusing-musingkan pisau rambonya.

Majdi hanya tenang, menarik nafas perlahan. Lagaknya benar-benar seperti Laksamana Sunan.

Bersedia.

Pisau terus diacu laju ke perut. Hanya dalam 15 sentimeter untuk merobek isi perut.

Majdi tersengih.

Majdi menampan tangan, pantas. Terus menumbuk bahagian sisi pinggang, kemudian laju menuju leher. Memegang bahu kiri si lawan, dan...

Bum!

Menghempas lawan ke lantai.

Akhirnya menumbuk sekuat hati ke wajah.

Majdi bangun berdiri, penuh bergaya. Debu bertebaran. Buah seni silat cekak hanafi yang dipelajarinya berjaya diamalkan.

Dia terus melangkah menuju pintu bagi menyelamatkan Amalina Johari..

****

Majdi membuka laju ikatan di tangan Amalina.

Tangisan Amal masih bersisa.

"Sabar Amal, sikit lagi, insyaAllah kita selamat.."

Amal kelihatan lesu tak berdaya.

Majdi membuka ikatan dengan pantas. Membangunkan Amal yang terbaring sejak dari tadi.

"Majdi, kita kena cepat!"

Syafiq bergegas meluru. Khairi sudah berada di sebelah. Mereka terus membantu Majdi dan Amal.

Dup.. Dup..

Derapan kaki kedengaran.

"Korang ingat korang hero sangat?"

Jagun tersengih, menutup pintu yang berada di bahagian kirinya. Menghadap tepat budak-budak yang berada di depannya.

Syafiq dan Khairi berdiri. Bersedia.

"Nak lawan?" Jagun tersengih lebih besar.

"Pergi matilah!"

Dia mengangkat muncung pistol. Tepat ke kepala Syafiq.

Semua jadi terpana. Peluh dingin Syafiq mengalir.

Jagun tersenyum jahat, mengacu, dan..

"Bam!!"

****

Bersambung..

Tuesday, July 6, 2010

5:Teringat

Dewan utama, UIA Gombak. Sewaktu dewan hingar dan ceria dengan suara pelajar dan committee.

****

Aku mendengar perlahan. Bait-bait katanya menusuk lembut ke hati, meresap. Rasa tenang yang amat. Rayuan kepada Allah yang dibawakan Maher Zain benar-benar mengusik qalbu. Sayu. Syahdu.

Aku teringat Frc. Ntah kenapa, bila lagu Maher Zain dipasangkan. Akan teringat FRC. Mungkin ketenangan yang sama juga pernah ada di situ.

Dulu, semasa program FRC. Selalu pasang lagu Maher Zain. (Syafiq punya kerja la ni) Hahah.

Open your eyes lah. InsyaAllah.. Thank You Allah.. tapi yang paling-paling best, Always be there. :) (pernah menangis sambil dengar lagu ni..)

But it really true. Really rasa macam step foward ke waktu-waktu bersama FRC sebelum ni.

Ketika berjalan, Burhanuddin tarik tangan.

"Dapat message aku tadi?.."

"Maaflah bateri aku habis.."

"Dengar lagu tadi? rindu pulak kat FRC.."

Aku jadi tersenyum.

And i check it when i back to room..

"_ _ _ _ _, seronok lagu nie, teringat FRC lah.."

Hehe. Not only me rupanya that feel that feeling. Sekurang-kurangnya ada geng. ^^

****

Hehe. Sorry ya. Cerita yang Kak Amal tak sambung lagi. Sabarlah, orang nak ta'aruf week dulu nie~




Wednesday, June 30, 2010

4: Hilang!


"Abi, kenapa abi termenung je.. senyum sorang-sorang pula tu.."

Aku melirik ke wajah comel Daniel yang bermata bulat. Comel dalam kopiah putihnya.

Aku tersenyum.

"Abi teringat kawan-kawan baik abi dulu, kawan-kawan yang abi rindu sangat sekarang.."

Aku mengusap kepala anakku itu. Halus dan lembut rambutnya.

"Ramai ke kawan abi tu?"

Suci wajah si kecil ini menutur. Sungguh menenangkan.

"17 orang, yang pasti abi tak akan lupa sampai bila-bila.."

****

LTD pagi ini meriah. Sekali dilihat, seakan seperti suasana raya pula.

Meja kaca petak yang dikelilingi sofa bersarung kuning itu penuh dengan kertas-kertas hiasan berwarna warni. Berselerak dengan bentuk potongan yang pelbagai-bagai.

Pagi ini cuti, tetapi hari ini ahli-ahli FRC tetap berkumpul bersama. Membuat persiapan dan perhiasan untuk Annual Grand Dinner yang akan berlansung. Bekerja dengan gaya dan cara masing-masing. Benar-benar seperti sebuah keluarga yang mesra.

Yaumil dan Amalina membancuh air di dapur. Syafiq tekun dengan wajahnya yang selalu begitu bila di hadapan komputer. Majdi pula menggunting riben menjadi corak bunga, sambil tak habis-habis mengeluarkan teorinya yang berjeda-jeda dengan penuh semangat.

Madihah mengikat kotak. Hidayah membantu. Fatehah dan Falaha pula ntah apa yang dibincangkan seronok begitu.

Habis riuh rendah 'office tak rasmi' mereka itu.

"Hai.. Seronok hampa.."

Ustaz Nazri tiba-tiba muncul menyapa. Tersengih seorang.

Semua mata memandang.

"Assalamu'alaikum ustaz!.."

Hampir serentak. Gembira terpancar di wajah mereka.

"Ustaz sihat?"

"Kalau hampa sihat, ustaz sihatlah.."

Bersahaja. Memang itulah gayanya dari dulu.

Ustaz Nazri duduk. Mengambil segelas teh yang dibuat oleh Yaumil dan Amalina tadi. Meneguk sebentar. Kemudian membaca surat khabar yang dibawanya sebentar tadi. Dia menggeleng.

"Apalah nak jadi dunia sekarang ni.. Kes bunuhlah, rompaklah, rasuah dan macam-macam. Sekarang ni, kes culik pulak dah.."

Khairi mengangkat kening.

"Kes culik, ustaz? Ada geng ke?"

"Pihak polis memburu geng singa hitam yang melakukan penculikan wanita dan kanak-kanak di kawasan Petaling Jaya.."

Ustaz Nazri membaca keratan akhbar tersebut.

"Sejak bila pula singa ada kaler hitam ni.."

Majdi ketawa.

"Ha.. Sister kena jaga diri elok-elok lah.."

Dia sambung mengusik.

Sister mencebik.

"Tak apa, siapa berani kacau sister.. Saya karate dia sampai patah tengkuk.."

Falaha mengomel.

Semua ketawa.

****

Khairi memandu laju. Memotong kereta di kanan dan kiri seperti dalam cerita Initial D.

"Khairi! Perlahan sikit!.."

Amalina memegang pemegang di bahagian atas tingkap kereta, mengawal badannya yang ke kanan kiri terhinjut oleh kelajuan kereta.

Ahda berada di tepinya hanya tersenyum.

"Alah, bukan selalu Kak Amal.. Jangan risau, ana terer bawak kereta ni..."

Amal mencebik.

"Apakah?"

Ayat trademark nya seperti selalu. Khairi dan Ahda hanya ketawa.

Mereka keluar bertiga dan Khairi menjadi pemandu. Membeli barang-barang yang masih tidak cukup untuk AGD. Ahli yang lain masih berusaha menghabiskan kerja-kerja yang berbaki.

Dan mereka sebagai ahli special task, mengambil keputusan untuk keluar ke Mid Valley bagi membeli barangan tersebut. Walau Amalina masih lagi sakit kaki akibat latihan bola jaringnya tempoh hari. Namun dengan semangat yang membara. Dia bertegas juga untuk berjalan keluar.

AGD, kami mesti meninggalkan kenangan yang amat manis buatmu!

"Ekkkk!"

Khairi berhenti megejut di hadapan kedai cenderamata Memory Lane. Di luar deretan kedai yang pelbagai, berhampiran bangunan besar Mid Valley. Meletakkan kereta di luar petak kuning di belakang deretan kereta, kerana semua tempat sudah penuh.

"Kalau akak ada sakit jantung, habislah akak. Tau!"

Amalina mengomel.

"Hehe. Sorilah kak. Jangan marah-marah. Saya keluar kejap je beli barang. Akak sakit kaki lagi kan? Akak jaga kereta ya.. Kak Ahda, ada listkan barang-barang yang nak dibeli? "

"Tak apa, akak tunjukkan.."

Ahda keluar. Menutup pintu kereta.

"Nanti kalau ada kereta nak keluar, akak call lah saya ya. Atau akak tolong ubahkan ke?"

"Ye... baik tuan..."

Amalina membuat sedikit lenggok pada ayatnya. Khairi ketawa lagi. Ahda hanya tersenyum.

Namun mereka tak menyedari, dari jauh, ada mata yang memerhati..

****

Khairi masuk cemas. Tangannya terketar-ketar. Wajahnya pucat lesi. Ahda hanya menangis tak henti-henti.

"Khairi, kenapa ni?"

Syafiq mendapatkan Khairi laju.

"Kak Amal.. Kak Amal..."

Khairi bercakap tergagap-gagap.

"Cakap cepat! Kenapa ni Khairi?!"

Syafiq menggoncang bahu Khairi.

"Kak Amal kena culik!.."

Semua terdiam. Dan tangisan Ahda semakin lebat.

****

bersambung...